web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing Sehingga 26 September

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 12:55PM

Keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta dan merupakan jumlah maksima yang pernah dicapai - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 September lepas dan daripada jumlah itu sebanyak 436,613 kuota telah membuat bayaran levi. 

KSM berkata mengambil kira 1.3 juta pekerja warga asing sedia ada serta bilangan kuota yang telah diluluskan sebanyak 541,315, jumlah itu telah hampir memenuhi permintaan industri untuk keperluan guna tenaga pekerja warga asing.

Katanya keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta dan merupakan jumlah maksima yang pernah dicapai. 

Dalam satu kenyataan hari ini, KSM berkata setakat ini terdapat 1.3 juta pekerja warga asing di sektor-sektor yang dibenarkan pengambilan dan penggajian pekerja warga asing, termasuk sektor informal. 

Katanya pada masa yang sama, lebih 612,000 pekerja warga asing telah berdaftar dan lulus semakan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) di negara-negara sumber, manakala terdapat 228,321 pekerja warga asing atau bersamaan 37.3 peratus telah diluluskan Visa Dengan Rujukan oleh Jabatan Imigresen yang sedang menunggu masa untuk tiba di negara ini.

KSM berkata perbincangan telah diadakan dengan pihak industri mengenai isu kemasukan pekerja warga asing, dan dimaklumkan bahawa industri seperti sektor perladangan yang telah diberikan kelulusan kuota, tidak akan membawa masuk guna tenaga pekerja warga asing secara sekali gus. 

Katanya pengambilan itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan dan perancangan majikan, kerana mereka mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk membawa masuk pekerja warga asing selepas bayaran levi diselesaikan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad