web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Perlu Perinci Isu Rasuah Penjawat Awam Membimbangkan Di Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 7:30PM

Azam Baki dan Chow Kon Yeow

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telus dalam mendedahkan jumlah kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan penjawat awam di negeri tersebut dan bilangan mereka yang didapati bersalah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini bahawa gejala menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam dikatakan membimbangkan di Pulau Pinang.

“Kami menuntut ketelusan di pihak SPRM kerana kami tidak mahu imej penjawat awam Pulau Pinang dan kerajaan negeri tercemar hanya dengan jumlah aduan diterima sejak 2019,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Azam dilaporkan berkata, berdasarkan statistik SPRM, sebanyak 919 aduan diterima pihaknya berhubung kesalahan itu sejak 2019 hingga kini.

Katanya, banyak kesalahan dilakukan melibatkan dua kes, iaitu penerimaan suapan dan salah guna kuasa.

Jelas Azam, pihaknya menerima sebanyak 312 maklumat kes penerimaan suapan dan 147 maklumat kes salah guna kuasa di negeri berkenaan.

Sementara itu, Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota menambah, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan SPRM bagi memastikan pegawai terlibat dengan amalan rasuah ditangani secara serius.

Ujarnya, Pulau Pinang mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap jenayah rasuah melibatkan penjawat awam di negeri ini kerana ia selaras dengan prinsip tadbir urus baik CAT, iaitu kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, yang diamalkan sejak tahun 2008.

“Tiada sesiapa pun di atas undang-undang dan penjawat awam, sama ada daripada pihak berkuasa atau agensi Persekutuan, negeri atau tempatan yang didapati terlibat dalam menerima rasuah, salah guna kuasa serta membuat tuntutan palsu, mesti disiasat dan didakwa secepat mungkin,” katanya. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad