web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sistem Perlindungan Sosial Malaysia ‘Berserabut’, Patut Wujud Pangkalan Data Selaras Bantuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 7:17PM

Hannah Yeoh - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menyediakan pangkalan data boleh diakses menggunakan MyKad bagi memudahkan penyelarasan bantuan kebajikan dan mengelakkan keciciran.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, sistem perlindungan sosial di Malaysia agak ‘berserabut’ kerana terdapat sekurang-kurangnya 110 program dilaksanakan 20 kementerian dan agensi.

Menurut beliau, daripada 110 Program Perlindungan Sosial tersebut, hanya 11 bantuan kebajikan berada di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

“Pada masa sama, JKM pula tidak mempunyai kakitangan pekerja sosial mencukupi.

“Berdasarkan kajian dibuat Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), pada tahun 2018 dan 2019, nisbah pekerja sosial di JKM berbanding populasi penduduk Malaysia adalah 1:8,576 penduduk Malaysia. 

“Nisbah tersebut memang besar jika dibandingkan dengan negara lain, seperti satu pekerja sosial kepada 490 rakyat di Amerika Syarikat, manakala di Australia (1:1,040), United Kingdom (1:3025) dan negara jiran kita, Singapura (1:3448) orang,” katanya hari ini.

Justeru, beliau berkata, bebanan tugas kakitangan JKM yang besar dan kepelbagaian program kebajikan pelbagai pihak yang tidak diselaraskan, menuntut satu pangkalan data menyeluruh diwujudkan.

“Terdapat satu keperluan untuk mewujudkan pangkalan data menyeluruh bagi pihak yang menguruskan pelbagai program kebajikan dan ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan MyKad sedia ada. 

“Tanpa pangkalan data yang senang diakses, penerima bantuan ada sampai menerima lima beg sekolah dalam program Back-To-School atau lima guni beras untuk bantuan makanan. 

“Ini sememangnya satu pembaziran dan menyebabkan ramai lagi tercicir daripada menerima bantuan kebajikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, dalam suasana bajet defisit dan hutang negara yang semakin meningkat, kerajaan diseru segera memberi tumpuan serta keutamaan kepada cadangan mewujudkan sistem pangkalan data nasional perlindungan sosial.

Katanya, ia boleh diletakkan di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia atau Malaysia Social Protection Council (My SPC) yang dipengerusikan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Ini mesti disegerakan bagi membantu kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan, badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO), mengoptimumkan pengurusan sumber masing-masing untuk memaksimumkan jumlah penerima bantuan kebajikan di Malaysia,” katanya. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad