web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Bunuh Kekasih Demi Kehormatan: Wanita PKR Harap Keadilan Ditegakkan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 7:11PM

Sim Hui Ying berdepan hukuman mati selepas didakwa di Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, pada 20 September lalu. - Gambar ihsan AlHijrah Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita PKR berharap proses keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya dalam kes remaja didakwa membunuh kekasih demi mempertahankan kehormatan diri. 

Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, ini kerana terdapat dakwaan remaja terbabit mempertahankan maruah dan kehormatan dirinya ketika kejadian itu.

Fadhlina Sidek - Gambar dari Facebook
Fadhlina Sidek - Gambar dari Facebook

“Berita seorang remaja berumur 19 tahun didakwa membunuh kekasih demi mempertahankan kehormatan diri menjadi polemik dalam masyarakat.

“Wanita PKR berharap agar proses keadilan untuk semua pihak dapat ditegakkan kerana terdapat dakwaan beliau mempertahankan maruah dan kehormatan dirinya ketika kejadian berlaku,” katanya menerusi kenyataan. 

Media semalam melaporkan seorang remaja, Sim Hui Ying, 19, berdepan hukuman mati selepas didakwa di Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, pada 20 September lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh ditahan reman tujuh hari bermula 21 September.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak sedemikian kerana menentang kemahuan teman lelakinya itu untuk melakukan hubungan seks. 

Mengulas lanjut, Fadhlina menambah, pihaknya juga berharap pasukan peguam bela dapat memastikan proses undang-undang remaja terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

“Kami juga menyeru pihak agensi kerajaan memberikan bantuan serta sokongan psikososial kepada semua pihak terlibat, termasuk keluarga mangsa dan remaja berkenaan yang mengalami trauma akibat insiden terbabit,” katanya. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 53 minit yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar