web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ejen Produk Kosmetik Diselamatkan Sebelum Diseludup Ke Laos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 6:05PM

Rosnazirah Mohd Naim - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ejen produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu, diselamatkan ketika cuba diseludup ke Laos.

Sumber berkata, ia berdasarkan maklumat diperoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung keberadaan mangsa yang kemudian disalurkan kepada pihak polis Thailand.

Menurutnya, berdasarkan maklumat tersebut, polis Thailand mengadakan sekatan jalan raya di kawasan sempadan negara berkenaan dengan Laos, sebelum berjaya menyelamatkan mangsa.

“Hasil risikan dan perkongsian maklumat tersebut, mangsa ditemui dan diselamatkan ketika kumpulan penculik terbabit sedang cuba menyeludup keluar wanita itu ke Laos,” katanya kepada Getaran.

Menurut sumber, mangsa kini berada di bawah pemantauan pihak polis di Kuala Lumpur selepas selamat tiba ke negara ini semalam.

“Buat masa ini, polis sedang memantau perkembangan kesihatan fizikal dan psikologi mangsa, sebelum dibenarkan pulang bertemu keluarganya,” katanya.

Bagaimanapun, sumber enggan mendedahkan lokasi sebenar keberadaan wanita terbabit bagi mengelakkan mangsa diganggu buat masa ini.

Sementara itu, sumber berkata, tujuh suspek ditahan adalah termasuk suami mangsa, manakala enam yang lain dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah.

“Semua mereka masih direman untuk membantu siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya.

Terdahulu, Rosnazira atau Azi, 36, diselamatkan polis Thailand dan dihantar pulang ke tanah air, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

“Siasatan dan kerjasama erat antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan, berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di Thailand.

“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa negara tersebut dan dibawa pulang ke Malaysia hari ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa dilarikan pada jam 5.10 petang, 13 September lalu dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa menaiki bot ke Thailand.

Kereta sama kemudian ditemui pada jam 10 malam hari sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Penculikan mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dadah dan susulan itu polis menahan tiga individu, termasuk suami mangsa serta seorang wanita berusia antara 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad