web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Dilarikan Vellfire Ada Kes Hutang, Bukan Diculik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 2:49PM

Ahli perniagaan yang dilarikan dalam kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih di Ampang, bukan diculik sebaliknya dipercayai kerana hutang. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang tular dilarikan sekumpulan lelaki selepas dipaksa masuk ke dalam kenderaan di Ampang di sini, disahkan bukan diculik, sebaliknya berpunca daripada masalah hutang dengan majikan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, terdahulu kejadian pada jam 5.03 minit itu dilaporkan orang awam, selepas ternampak seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih.

“Mangsa adalah lelaki tempatan yang juga ahli perniagaan berusia 38 tahun dan beliau selamat dalam kejadian itu selepas dibebaskan individu yang melakukannya, di sebuah kawasan di Klang.

“Lelaki itu sudah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10.45 malam tadi untuk membuat laporan dan mengalami beberapa kecederaan di bahagian muka serta kaki akibat kejadian terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ketika kejadian, mangsa sedang makan seorang diri di dalam restoran, sebelum didatangi beberapa lelaki yang menariknya masuk ke dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa menjerit meminta pertolongan dan cuba melepaskan diri, namun tidak berjaya.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada masalah hutang dengan pihak majikan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, iaitu melarikan orang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berterima kasih kepada orang awam yang cuba membantu dalam kejadian berkenaan.

Terdahulu, seorang lelaki terselamat selepas dilarikan di Jalan Pandan Indah 1/23D, Ampang, sebelum dilepaskan di Klang, semalam.

Kejadian tersebut mencetuskan kegemparan susulan penularan video di media sosial membabitkan kes lelaki tersebut, menyaksikannya dipaksa masuk ke dalam kenderaan.

Malah, kejadian tersebut terus diperkatakan netizen apabila terdapat satu lagi video, memaparkan beberapa penunggang motosikal cuba membantu menyelamatkan mangsa dengan mengekori kenderaan tersebut dan mengarahkannya berhenti. – Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad