web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MetMalaysia Nafi Keluar Kenyataan Lebih 10 Juta Terkesan Banjir Akhir Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 9:51AM

MetMalaysia menafikan penularan maklumat berkaitan jangkaan populasi rakyat yang mungkin terkesan banjir pada akhir tahun ini di pelbagai platform media sosial - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah menafikan jabatan itu mengeluarkan kenyataan berkaitan jangkaan populasi rakyat yang mungkin terkesan banjir pada akhir tahun ini.

“MetMalaysia menafikan penularan maklumat berkaitan jangkaan populasi rakyat yang mungkin terkesan banjir pada akhir tahun ini di pelbagai platform media sosial.

“MetMalaysia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Muhammad Helmi berkata, penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web MetMalaysia, iaitu www.met.gov.my dan aplikasi mobil myCuaca.

“(Ia juga boleh diakses menerusi) media sosial rasmi METMalaysia dan hotline di talian 1-300-22-1638,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa MetMalaysia memaklumkan musim banjir sudah tiba dan dijangka kekal sehingga awal tahun depan.

Musim tersebut diramal menjejaskan lebih 10 juta rakyat Malaysia bermula November ini hingga Januari 2023.

Berdasarkan ramalan itu, MetMalaysia mengatakan negeri bakal terjejas akibat musim monsun atau musim tengkujuh serta dijangka mengalami hujan lebat berterusan adalah Kelantan yang membabitkan 1.8 juta orang, Terengganu (1.2 juta), Johor (4 juta), Pahang (1.6 juta) dan sebahagian Sarawak (2.5 juta orang). – Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad