web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Ebit Lew: Pegawai Polis Rampas Telefon Bimbit Tidak Periksa Kandungan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 8:27PM

Ebit Liew - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Seorang pegawai polis yang ditugaskan merampas telefon bimbit daripada saksi dalam kes gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew tidak memeriksa kandungan peranti itu walaupun mengetahui kes itu melibatkan pendakwah tersebut.

ASP Salwani Mohd Hadzir, 40, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau dimaklumkan kes itu melibatkan pendakwah popular, namun tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.

"Saya cuma dimaklumkan oleh pegawai penyiasat DSP Noor Ashikin Shamsuri bahawa kes melibatkan Ebit Lew," katanya menjawab soalan peguam Ram Singh semasa pemeriksaan balas hari ini.

Bagaimanapun, Salwani berkata beliau menaip "Seksyen 509 Kanun Keseksaan" di tiga keping gambar telefon bimbit tu dan kad SIM yang beliau rampas daripada Mohd Fairuz Abu pada 5 Oktober 2021 di rumah lelaki itu di Alor Setar.

Salwani, Pegawai Turus Bahagian Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, bersetuju dengan peguam itu bahawa apabila beliau merampas telefon bimbit itu daripada Mohd Fairuz, beliau tahu ia mempunyai berkaitan dengan kes di Tenom.

Salwani berkata beliau membaca berita mengenai tertuduh melalui media sosial sebelum ke rumah Mohd Fairuz untuk merampas telefon bimbitnya.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, pegawai polis itu berkata beliau tidak memeriksa kandungan telefon yang dirampas itu kerana setiap barang kes perlu dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia untuk dianalisis.

Mengenai tindakannya menaip seksyen Kanun Keseksaan pada gambar telefon bimbit dan kad SIM, Salwani berkata beliau berbuat demikian sebelum menyerahkan barang rampasan kepada pegawai penyiasat di Bukit Aman.

Ketika ditanya Nor Azizah mengapa Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang ditaip, saksi berkata ia kerana siasatan sedang dijalankan melibatkan seksyen itu.

Pihak pendakwaan turut memanggil pendakwah Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga pengasas dan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Saksi ketiga itu memberitahu mahkamah bahawa pengadu dalam kes itu adalah antara mangsa gangguan seksual yang dibantu MRM.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kumpulan Whatsapp Mengandungi Gambar, Video Berunsur Lucah Ditemukan Dalam Telefon Bimbit - Saksi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

936 Gambar Tangkap Layar Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit - Saksi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Terdapat Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit Dianalisis Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja