web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Masjid, Surau Mulai Esok - JAWI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 6:07PM

Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak bagaimanapun amat digalakkan untuk memakai pelitup muka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan berkuatkuasa mulai esok. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, keputusan tersebut diambil selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut beliau, ia juga selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka.

“JAWI menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini tidak lagi diwajibkan berkuatkuasa 30 September (esok).

“Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka.

Pada 7 September lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup.

Khairy berkata, pengumuman tersebut berkuatkuasa serta-merta, di mana penggunaan pelitup muka hanya diwajibkan apabila menggunakan pengangkutan awam di dalam bas, kereta api, teksi, kapal terbang, kenderaan e-hailing serta di hospital dan institusi perubatan.

Bagaimanapun, Khairy berkata, pemilik hartanah dibenarkan mengenakan peraturan pelitup muka kepada pengunjung di premis mereka.

Walaupun penggunaan pelitup muka di dalam bangunan atau indoor adalah pilihan, Khairy berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menggalakkan ia dipakai di kawasan sesak seperti pasar malam, stadium, pusat beli-belah dan tempat ibadat. – Getaran, 29 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad