web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Besar Tidak Akan Kembali Bertugas Sebagai Guru Biasa - Radzi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 2:13PM

Radzi berkata guru-guru besar yang telah mencapai gred DG52 akan kekal sebagai guru besar dan tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Guru besar sebagai pentadbir yang menyandang gred DG52 tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah seperti yang didakwa sebelum ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ini kerana perkara itu telah diputuskan menerusi perbincangan di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

"Guru-guru besar yang terlibat yang sudah capai gred ini (DG52) jangan risau, cikgu akan kekal sebagai guru besar untuk tempoh yang ada dan perinciannya akan diumum kemudian dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Eksplorasi Alam Lestari III di Pusat Perlindungan Hidupan Liar (PKHL) Sungkai di sini hari ini.

Pada 8 September lepas, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat dilaporkan meminta Radzi mengkaji semula dakwaan bahawa guru besar sebagai pentadbir yang menyandang gred DG52 akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Sebelum ini media melaporkan kira-kira 200 guru besar di Semenanjung Malaysia yang akan dinaikkan ke gred DG52 dalam tempoh dua tahun ini buntu memikirkan nasib mereka yang dikatakan akan 'turun pangkat' dengan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Ditanya mengenai jumlah guru yang terlibat, Radzi berkata data itu sedang dalam proses semakan dan yakin ia tidak akan mengganggu proses kenaikan guru lain.

"Dalam konteks ini, memandangkan mereka pentadbir sekolah, tidak mengapa kerana ada pentadbir yang bersara dan ada baharu yang dipilih. Perkara ini akan berterusan di peringkat guru besar dan kita akan lihat nanti, insya-Allah tidak akan timbul masalah dalam perkara tersebut," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad