web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penumpang Kapal Terbang Tak Wajib Pakai Pelitup Muka - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 6:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemakaian pelitup muka ketika menaiki kapal terbang tidak lagi diwajibkan, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 dan mengambil kira keperluan terkini.

Bagaimanapun, katanya, pemakaian pelitup amat digalakkan untuk terus diamalkan kumpulan individu tertentu, iaitu bergejala seperti demam, batuk dan selsema.

“(Pada masa sama), individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung.

“(Selain itu) individu mengembara bersama orang berisiko tinggi, seperti warga emas dan kanak-kanak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairy berkata, keputusan itu adalah menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang.

“Ia juga dibuat berdasarkan beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini, seperti pengudaraan baik dalam kabin, penggunaan penapis ‘high-efficiency particulate absorbing (HEPA)’ untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara, susunan tempat duduk ke hadapan serta kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang,” katanya.

Menurut Khairy, kelonggaran itu juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.

“Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat ditetapkan negara dikunjungi,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kelonggaran terhadap keperluan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor).

Kementerian memutuskan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) adalah atas pilihan (optional). - Getaran, 28 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad