web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Sedia Ada Sudah Jaga Sempadan Sebaiknya, Perlukah Agensi Baharu? - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 3:49PM

Adnan berkata, CUEPACS yakin agensi lain yang menjaga pintu masuk negara, turut melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan berkesan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), membantah penubuhan Agensi Kawalan Sempadan (SBA) bagi mengambil alih keseluruhan peranan agensi kerajaan di pintu masuk negara, termasuk di pelabuhan dan lapangan terbang.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata, keputusan itu dicapai melalui Persidangan Perwakilan Tri Tahunan Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung hari ini.

Katanya, CUEPACS berpandangan agensi sedia ada yang menjaga pintu sempadan negara, termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sudah melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing dengan baik.

“Mengambil contoh JKDM, jabatan ini bukan sahaja mengawal pintu masuk negara daripada aspek keselamatan, tetapi juga bertanggungjawab memungut pelbagai cukai yang menyumbang kepada hasil negara.

“Sejak beberapa tahun dahulu, pencapaian hasil kutipan JKDM sentiasa melebihi sasaran ditetapkan kerajaan. Ini bermakna JKDM sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

“Kenapa perlu tugas ini diberikan kepada agensi baharu yang masih belum diketahui keberkesanannya. Ia seumpama kerajaan mahu memperjudikan hasil kutipan hasil negara untuk tahun mendatang jika tertubuhnya SBA kelak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berkata, CUEPACS yakin agensi lain yang bersama-sama menjaga pintu masuk negara, turut melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan berkesan.

Jelasnya, sistem kawalan pintu masuk pelbagai peringkat agensi, seperti yang dikuatkuasakan sekarang adalah lebih baik daripada dikawal hanya satu agensi.

Beliau berkata, sebagai contoh, jika barangan diimport adalah ubatan, JKDM tidak boleh melepaskan dagangan tersebut sebelum diberi kelulusan oleh pihak farmasi.

“Begitu juga dengan barang dagangan yang memerlukan kelulusan agensi lain, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

“Jika terdapat kekurangan dalam pengoperasian pintu sempadan negara ketika ini, kerajaan boleh menambah baik pengoperasian tersebut dan bukannya bertindak menggantikan dengan agensi baru,” katanya.

Menurut Adnan, koordinasi lebih baik antara agensi kerajaan di pintu masuk negara boleh diwujudkan sekiranya perkara itu diperhalusi.

“Kerajaan sewajarnya melakukan rundingan dan sesi libat urus bersama wakil dan kesatuan pekerja dalam apa jua keputusan yang membabitkan pemerkasaan perkhidmatan awam.

“Rundingan dan sesi libat urus ini, mampu memberi keputusan menang-menang antara pihak majikan serta pekerja, sekali gus memperkasa perkhidmatan kerajaan,” katanya. - Getaran, 28 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar