web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 PPS Di Klang Diaktifkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 1:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan di Klang, Selangor sebagai langkah berjaga-jaga susulan limpahan air di beberapa kawasan akibat air pasang besar, awal hari ini.

Berdasarkan maklumat, dua PPS yang dibuka adalah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek dan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sireh dekat Klang, Selangor.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang berkata, mangsa yang terjejas akibat banjir di Kampung Delek Baru dan Kampung Sungai Sireh Tambahan sudah pun dimaklumkan berhubung pengaktifan PPS tersebut.

“Sila hubungi wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau terus ke PPS berkenaan.

“Laporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang yang disediakan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Difahamkan, setakat ini masih tiada penduduk di kedua-dua kawasan terjejas yang berpindah ke PPS terbabit memandangkan banjir di kawasan mereka dilaporkan hanya setakat 0.6 meter saja.

Sementara itu, tinjauan Getaran di laman sesawang http://infobanjirjps.selangor.gov.my/ mendapati, dua sungai di daerah Kuala Langat dan satu di Klang merekodkan paras air pada status amaran setakat jam 10.30 pagi tadi.

Menurut laman sesawang tersebut, bacaan di Stesen Taman Sri Muda, Klang mencatatkan bacaan air pada paras 4.53 meter (amaran), berbanding bacaan normal pada 2.8 meter.

“Sementara itu di Kuala Langat pula, Stesen Bukit Changgang mencatatkan bacaan 3.57 meter berbanding paras normal iaitu 1.9 meter manakala satu lagi di Kampung Sungai Manggis yang kini merekodkan bacaan 2.52 meter berbanding 0.5 meter (normal),” katanya. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad