web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahasiswa UM Kemuka 8 Tuntutan Terhadap KPT, Universiti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 7:13AM

Ia wajar dipertimbangkan ekoran peningkatan kos penerbangan, penyediaan peruntukan khas, selain subsidi kepada mahasiswa dan mahasiswa yang berasal dari Borneo. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pengurusan Universiti Malaya (UM) dituntut melaksanakan lapan perkara bagi memelihara kebajikan mahasiswa universiti itu, termasuk mengambil serius isu penempatan yang menjadi masalah utama ketika ini.

Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM, Nur Nazirah Abdullah berkata, lapan perkara berserta cadangan itu terkandung dalam Memorandum Tuntutan Pengutamaan Kebajikan Mahasiswa UM yang diserahkan pihaknya kepada Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, KPT, baru-baru ini.

Katanya, tuntutan pertama adalah berkaitan penempatan mahasiswa dengan meminta proses pemulangan Rumah Sewa KMUM (RSKMUM) kepada mahasiswa, iaitu membabitkan usaha jangka masa pendek dan panjang.

“Bagi jangka masa pendek, pihak KPT harus mendesak pentadbiran UM mempercepat proses pembukaan Kolej Kediaman 13, menyediakan penginapan alternatif kepada mahasiswa dan mahasiswa senior, selain pemberian bantuan kewangan deposit rumah sewa sekurang-kurangya RM150 kepada golongan ini yang berkeperluan serta tidak mendapat kolej kediaman.

“(Manakala), bagi jangka masa panjang, kami mendesak pihak pentadbiran UM memberi penekanan terhadap renovasi kolej kediaman dan penambahbaikan supaya kapasiti pelajar dapat ditingkatkan, penyediaan bilik atau rumah sewa bersubsidi lebih kurang dengan harga dikenakan di sekitar kawasan kampus, penswastaan rumah sewa universiti terbiar dan usang kepada pihak luar serta mengkaji semula mekanisme pengambilan mahasiswa tahun satu pada sesi akan datang,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Nur Nazirah berkata, tuntutan kedua adalah mengkaji semula jumlah tawaran biasiswa diberikan pihak kerajaan, bukan kerajaan dan yayasan negeri agar lebih relevan dengan kos sara hidup.

Katanya, pihak KPT juga harus mempercepat proses pengkreditan biasiswa kerajaan dan bukan kerajaan, seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Beliau berkata, tuntutan lain adalah membabitkan pemberian barangan keperluan pengajian dan pembelajaran, seperti baucar buku serta alat tulis melalui subsidi daripada kerajaan.

“KPT juga dituntut mempercepat proses pemberian bantuan peranti untuk kegunaan pembelajaran, memandangkan kebanyakan universiti bakal menggunakan kaedah pembelajar secara fizikal selepas ini.

“Ekoran daripada peningkatan kos penerbangan, penyediaan peruntukan khas, selain subsidi kepada mahasiswa dan mahasiswa yang berasal dari Borneo wajar dipertimbangkan,” katanya.

Menurut Nur Nazirah, tuntutan terakhir adalah lebih ramai wakil mahasiswa dan gerakan mahasiswa harus terlibat dalam mesyuarat pembuat keputusan di peringkat KPT.

“Pendek kata Angkatan Mahasiswa UM ingin mengambil kesempatan untuk mendesak KPT dan UM, mengambil kira cadangan serta tuntutan dikemukan pihaknya bersama Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) seperti di atas.

“Tidaklah hina menerima dan melakukan apa yang dicadangkan,” katanya. – Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pentaskan Teater Ada Babak Tak Senonoh, UM Mohon Maaf Isu ‘Soft Porn’

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad