web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Minta PM Bawa Usul Tangani Kenaikan Harga Barang, Kejatuhan Mata Wang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 6:15PM

Anwar Ibrahim turut mencadangkan agar permasalahan ini diberi keutamaan untuk dibahas dalam minggu pertama sidang Parlimen yang akan bermula 3 Oktober depan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, agar mengambil tindakan segera bagi menangani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan teruk mata wang negara.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, kedua-dua krisis itu menjejaskan kehidupan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan, permasalahan terbabit nyata amat memberi kesan kepada rakyat dan negara serta perlu ditangani segera.

“Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang bagi mengemukakannya.

“Saya turut mencadangkan agar permasalahan ini diberi keutamaan untuk dibahas dalam minggu pertama sidang Parlimen yang akan bermula 3 Oktober depan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Isu kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara terus mendapat perhatian masyarakat ketika ini dengan pelbagai pihak mengetengahkan kebimbangan masing-masing.

Terdapat pakar ekonomi berpendapat, kenaikan harga barang dijangka berlaku susulan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali ketiga dalam tempoh setahun.

Kenaikan harga tersebut melibatkan barangan tertentu, seperti makanan dan perkhidmatan.

Selain itu, media baru-baru ini melaporkan, ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada paras terendah pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998.

Ia mengakibatkan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global tidak menentu. - Getaran, 27 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar