web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LHDN Tangguh Bayaran Cukai Pegangan Bernilai Kecil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 5:32PM

Kebenaran penangguhan bayaran bagi dua kategori pendapatan itu dimaklumkan bagi memudahkan pembayar membuat bayaran cukai pegangan beramaun kecil yang berulang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menangguhkan bayaran cukai pegangan bernilai kecil bagi pendapatan royalti, faedah dan pendapatan kelas khas bermula 1 Ogos 2022.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran penangguhan bayaran bagi dua kategori pendapatan itu bagi memudahkan pembayar membuat bayaran cukai pegangan beramaun kecil yang berulang.

Ia adalah kategori pendapatan faedah atau royalti yang dibayar kepada penerima tidak bermastautin di bawah Seksyen 109, Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan pendapatan tertentu kelas khas yang dibayar kepada penerima tidak bermastautin di bawah Seksyen 109B akta sama.

“Situasi yang layak dibenarkan penangguhan bayaran cukai pegangan dilakukan sekali dalam setiap tempoh enam bulan adalah amaun bayaran cukai pegangan adalah bernilai kecil iaitu tidak melebihi RM500 bagi sesuatu transaksi bayaran.

“Pembayar perlu mengetahui bahawa bayaran cukai pegangan berkenaan akan dilakukan sebanyak lebih dari sekali dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan iaitu dalam tempoh enam bulan berkenaan,” menurut LHDN.

Bayaran cukai pegangan dan pengemukaan borang bayaran boleh dilakukan dalam satu borang pada atau sebelum 30 Jun bagi transaksi bayaran yang dilakukan kepada penerima tidak bermastautin antara 1 Disember tahun sebelum hingga 31 Mei tahun semasa.

“Ia juga boleh dilakukan pada atau sebelum 31 Disember bagi transaksi bayaran yang dilakukan kepada penerima tidak bermastautin antara 1 Jun hingga 30 Novemver tahun semasa,” menurut LHDN.

LHDN turut memaklumkan bahawa ruangan tarikh bayaran dikreditkan dalam Borang Bayaran CP37 atau CP37D perlu diisi dengan tarikh 30 Jun atau 31 Disember mengikut tempoh transaksi yang terlibat, dan pembayar dinasihatkan agar menyimpan senarai penerima bayaran cukai pegangan amaun kecil yang berkaitan untuk disemak oleh LHDN sekiranya perlu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara itu boleh dikemukakan melalui Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 bagi luar negara, Live Chat dan Borang Maklum Balas menerusi portal rasmi LHDNM. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan