web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas Kalau Tak Puasa, JHEAIK Beri Amaran

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 8:33PM

Najmi Ahmad - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Awas kaki ponteng puasa di Kedah, anda mungkin sedang diperhatikan!

Jika ada yang berhasrat untuk kembali ke port lama bagi mencari bekalan di tengah hari, anda mungkin sudah boleh melupakan hasrat itu kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah sudah pun mengenal pasti 71 lokasi yang sering dikunjungi 'geng' plastik hitam di bulan Ramadan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Najmi Ahmad, pemantauan tidak hanya dijalankan di restoran milik Melayu Islam malah turut melibatkan rumah kediaman, restoran bukan Islam serta peniaga yang menjual makanan serta minuman dengan membuka but di tepi jalan.

"Taktik mereka ini macam-macam. Selain masuk melalui pintu belakang dan membungkus makanan menggunakan plastik hitam, mereka juga meletakkan makananan yang dimasak oleh orang Islam, di kedai milik bukan Islam.

"Golongan ini walaupun tak puasa, tetapi mereka biasanya tetap juga mencari masakan orang Melayu dan Islam. Oleh itu, kita akan buat pemantauan secara berkala di semua lokasi telah dikenal pasti ini," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Tambahnya, seramai 200 anggota penguatkuasa dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) akan terlibat melakukan rondaan serta pemantauan tersebut.

"Kita memberi perhatian serius terhadap kesalahan tidak menghormati Ramadan oleh umat Islam, dan tindakan boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014.

"Mana-mana pihak yang ditahan kerana tidak berpuasa boleh didenda RM1,000 dan enam bulan penjara bagi kesalahan pertama manakala penjara setahun serta denda RM2,000 untuk kesalahan berulang," ujarnya.  

Sementara itu katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga boleh mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan dan minuman pada waktu tidak munasabah di sepanjang Ramadan.

"Kalau berniaga nasi campur seawal pukul 10 pagi, itu memang tak logik. Waktu yang munasabah biasanya bermula pada pukul 3 atau 4 petang," katanya.  – Getaran, 11 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

2

TARA 3 tahun yang lalu

Jom Melaram Dengan Baju Raya di 8 Lokasi Instagrammable Di  Selangor

3

Semasa 3 tahun yang lalu

DBKL Akan Perkenal Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong Berkenan Menerima Menghadap, Berbuka Puasa Bersama PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad