web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penipuan Dalam Talian: Pelajar, Belia Dijangka Jadi Sasaran Baharu Sindiket

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 6:00PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan golongan pelajar dan belia menjadi sasaran sindiket dalam talian untuk diperdaya, membabitkan urusan pinjaman kewangan dan akaun keldai pada masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sindiket itu dijangka menggunakan modus operandi sama, iaitu penipuan dalam talian.

“Antara punca peningkatan kes jenayah (penipuan dalam talian) itu adalah kelicikan penjenayah siber mengeksploit perubahan teknologi, dan kreatif menjerat mangsa dengan pelbagai modus operandi baharu.

“Kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber yang masih berada pada tahap sederhana, dikenal pasti (turut menjadi) punca peningkatan kes jenayah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pameran Jenayah Kewangan diadakan secara maya yang disiarkan menerusi Facebook Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Acara dianjurkan Muzium dan Galeri Seni BNM itu turut dirasmikan Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Menurut Acryl Sani, hasil penelitian dilakukan PDRM, tiada statistik di seluruh dunia yang mencatatkan penurunan kes jenayah siber membabitkan penipuan dalam talian,

Justeru, beliau berkata, bagi membendung kes jenayah itu daripada terus berleluasa, PDRM bekerjasama dengan institusi perbankan dalam memastikan siasatan, khususnya melibatkan penggunaan akaun keldai atau ‘mule account’ dapat dilengkapkan lebih cepat.

Susulan matlamat itu, katanya, PDRM melihat wujud keperluan untuk menyebar luas seberapa banyak ilmu pengetahuan kepada masyarakat, agar mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada aktiviti jenayah tersebut.

“Ini kerana aktiviti jenayah kewangan boleh membawa impak negatif kepada mangsa serta lambakan kes jenayah melibatkan akaun keldai, akibat akaun bank disalahgunakan bagi tujuan kes penipuan. Ia juga memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi dan keselamatan negara serta boleh menggugat kemajuan ekonomi,” katanya.

Selain Macau Scam dan ‘love scam’, aktiviti jenayah siber yang aktif menjerat mangsa ialah sindiket pinjaman tidak wujud dan ah long.
Selain Macau Scam dan ‘love scam’, aktiviti jenayah siber yang aktif menjerat mangsa ialah sindiket pinjaman tidak wujud dan ah long.

Selain itu, beliau berkata, jenayah kewangan melibatkan penipuan dalam talian yang dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM, menggariskan tujuh bentuk jenayah utama.

Jenayah itu katanya merangkumi pembelian dan pelaburan dalam talian, pinjaman tidak wujud, Macau scam, African scam, pintasan emel serta penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tegasnya, berdasarkan statistik PDRM, ketujuh-tujuh kategori jenayah tersebut bagi tempoh tiga tahun dari 2019 hingga 2021, jelas menunjukkan trend peningkatan jumlah kes.

“Pada tahun 2019, sejumlah 13,703 kes direkodkan dengan nilai kerugian RM539 juta, manakala 17,227 kes (kerugian RM511.2 juta) pada 2020 dan 20,701 kes (kerugian RM560.8 juta) pada 2021.

“Bagi tempoh Januari hingga Julai 2022, jumlah kes direkodkan ialah sebanyak 12,092 kes dengan nilai kerugian RM414.8 juta.

“Manakala, bagi tempoh dari tahun 2019 hingga Julai 2022, seramai 33,147 suspek kes penipuan siber ditangkap dan 22,196 kes jenayah atas talian berjaya dituduh di mahkamah,” katanya.

Acryl Sani berkata, selain Macau Scam dan ‘love scam’, aktiviti jenayah siber yang aktif menjerat mangsa ialah sindiket pinjaman tidak wujud dan ah long dengan menggunakan medium media sosial, antaranya Facebook, WhatsApp, WeChat serta Instagram untuk mengiklankan tawaran pinjaman dengan jaminan kelulusan pantas serta syarat mudah.

“Sindiket akan berurusan dengan mangsa secara atas talian dan meminta pelbagai dokumen, seterusnya memperdaya mangsa untuk membuat pelbagai pembayaran seperti yuran proses, guaman, insurans dan sebagainya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, JSJK menyediakan beberapa platform bagi memudahkan masyarakat  berinteraksi dengan pihak polis untuk sebarang pertanyaan, aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan jenayah komersil, termasuk penipuan dalam talian.

“Antara platform disediakan ialah CCID Infoline menerusi talian 013-2111222, CCIS Scam Response Centre yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam (03-26101559 atau 0326101599) dan portal Semak Mule yang boleh diakses secara atas talian.

“Portal ini juga boleh dimuat turun melalui aplikasi google app store di mana ia menyediakan kemudahan untuk masyarakat membuat semakan berkaitan nombor akaun bank atau nombor telefon yang berkemungkinan terlibat dengan kegiatan penipuan,” katanya. – Getaran, 26 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar