web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SKN 2.0 Dilancarkan, Jadi Dokumen Strategi Terkini Ketenteraan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 4:16PM

Affendi Buang (tengah) bersama (dari kiri) Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Zamrose Mohd Zain, Mohd Reza Mohd Sany dan Ketua Staff Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi menunjukkan Buku Strategi Ketenteraan Negara 2.0 pada majlis pelancaran buku tersebut hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang hari ini melancarkan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 yang menjadi dokumen strategi terkini yang relevan, berkesinambungan dan praktikal dalam memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada di landasan ditetapkan. 

Sehubungan itu, beliau mahu seluruh warga ATM untuk sama-sama membuat lonjakan paradigma daripada SKN terdahulu kepada SKN 2.0 melalui proses learn, unlearn dan relearn, yang akan menjamin kejayaan angkatan dalam menghadapi sebarang ancaman dengan lebih efektif dan efisien. 

"Penerbitan SKN 2.0 adalah bagi mendukung aspirasi pertahanan negara dengan menjadikan Kertas Putih Pertahanan dan Dasar Pertahanan Negara sebagai sumber rujukan utama. Dokumen ini menjelaskan perancangan strategik ketenteraan yang digubal secara holistik serta inklusif bagi mencapai objektif ketenteraan sekali gus membolehkan angkatan ini mendapat kelebihan strategik dalam apa jua keadaan. 

"Kelebihan ini bukan sahaja akan membolehkan ATM mengaplikasikan opsyen ketenteraan berjulat luas malah juga menjadi asas kepada pembangunan pertahanan nasional ke arah menjadi sebuah angkatan masa hadapan bagi mendepani ancaman yang semakin kompleks dan dinamik," katanya. 

Affendi berkata demikian semasa berucap pada Perbarisan Hari ATM Ke-89 di Pangkalan Udara Kuantan, yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. 

Selain itu, beliau juga menekankan warga ATM untuk sentiasa bersedia bagi berhadapan ketidaktentuan landskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau serta global yang semakin kompleks dan dinamik, yang membolehkan pelbagai ancaman baharu datang dan berupaya memusnahkan kedaulatan sesebuah negara. 

Sebagai contoh, Affendi merujuk kepada konflik di Ukraine, iaitu daripada sebuah negara berdaulat berubah secara dinamik sehingga mewujudkan ketegangan luar jangka, mengorbankan banyak nyawa selain turut menjejaskan kestabilan sistem antarabangsa seperti ekonomi dan gangguan rantaian bekalan makanan yang turut memberi kesan kepada dunia. 

"Saya ingin menekankan perkara sebegini boleh berlaku ke atas negara kita pada bila-bila masa. Jika kita tidak bersedia, sudah tentu kita tidak dapat memberikan respons yang berpadanan dan akibatnya, kedaulatan dan kepentingan negara akan tergadai. 

"Ingatlah, kita tiada pilihan lain kecuali terus berdiri di atas kaki sendiri untuk berhadapan dengan ketidaktentuan ini. Pengalaman yang lalu juga telah memberikan petunjuk bahawa kita perlu memperkasakan keupayaan berdikari dan mengukuhkan daya tahan angkatan sebaik-baiknya, dan jalan terbaik ialah memperkukuhkan konsep kebersamaan yang telah terbukti keberkesanannya," katanya. 

Affendi seterusnya menyeru seluruh pucuk pimpinan ATM untuk terus cekal dan tabah menghadapi kekangan yang ada, seperti aset yang berusia dan usang, dengan memberi jaminan bahawa beliau bersama tiga panglima perkhidmatan sedang berusaha keras untuk menambah baik kualiti perkhidmatan. 

Menyentuh mengenai kebajikan anggota, Affendi berkata pucuk pimpinan angkatan akan terus memastikan aspek itu diberikan perhatian khusus supaya moral warga ATM dan keluarga terus berada pada  tahap terbaik, termasuk memastikan mereka yang masih berkhidmat diberikan peluang mengasah dan mempertingkatkan kemahiran sebagai persediaan menjalani kehidupan sebagai orang awam. 

"Dalam aspek pemerkasaan kualiti kehidupan veteran, ATM dan Kementerian Pertahanan akan terus berkolaborasi mencari pendekatan terbaik untuk mengangkat martabat mereka. Ini penting untuk membolehkan mereka terus menyumbang jasa dan dalam masa sama memperoleh pendapatan yang dapat membantu meningkatkan sosioekonomi kehidupan mereka sekeluarga," katanya. 

Pada majlis itu, seramai 48 warga ATM menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN), sembilan orang menerima Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera selain turut disampaikan ialah Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera kepada tiga penerima daripada setiap perkhidmatan serta Anugerah Inovasi ATM 2022. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam