web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga PDRM Bertugas PRU15 Perlu Faham Akta Berkait Pilihan Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 12:09PM

Acryl Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan menyeluruh mengenai bidang kuasa masing-masing bagi mengelak implikasi yang boleh mencabar kredibiliti pasukan dan kewibawaan kerajaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sehubungan itu, semua pegawai pemerintah dan petugas perlu cakna dan memahami Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan akta-akta lain yang berkaitan.

“Menghampiri PRU15 juga saya telah keluarkan arahan pada 14 September mengenai usaha pemantapan amalan kesantunan berbahasa dalam penyampaian perkhidmatan PDRM yang perlu diberi perhatian.

“Pegawai polis perlu bijak mengawal emosi dan tutur kata selain mengekalkan profesionalisme pada tahap tertinggi sepanjang bertugas terutamanya apabila berdepan situasi provokasi,” katanya sewaktu menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bulan September di Bukit Aman, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata polis juga perlu telus menangani isu berkait mana-mana parti politik agar PDRM terus dilihat sebagai sebuah institusi kepolisan yang profesional.

“Untuk makluman saya juga telah melantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Hazani Ghazali sebagai Pengarah Operasi Polis bagi PRU15 dan semoga semua elemen di bawah KDNKA selaku jabatan pengoperasian dengan aset dan keanggotaan terbesar dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Beliau berharap PDRM akan menggunakan secara optimum jentera pasukan dengan perancangan strategik bagi memastikan situasi PRU15 nanti aman selain pada masa sama dapat menjalankan tugas hakiki iaitu mengekalkan keselamatan negara dengan baik.

Mengenai bencana alam seperti banjir, Acryl Sani berkata beliau telah mengarahkan semua ibu pejabat polis baik di peringkat kontinjen mahupun daerah untuk bersiap-sedia, meliputi anggota dan aset yang boleh digerakkan pada bila-bila masa yang diperlukan.

“PDRM perlu ambil iktibar banjir besar yang melanda negara Disember tahun lepas yang telah menguji kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam menghadapi krisis. Belajar dan tambah baik dari sudut mana yang perlu agar respons PDRM dalam berhadapan bencana pada masa hadapan lebih efektif dan dapat menghulurkan bantuan secepat mungkin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad