web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Baharu Turun 2 Hari Berturut-Turut Bawah 2,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 9:38AM

Jumlah kes COVID-19 telah menunjukkan penurunan untuk 2 hari berturut-turut sekali gus menjadikan kes keseluruhan setakat ini adalah 4,831,822 kes. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan dan berada di bawah angka 2,000 bagi dua hari berturut-turut apabila merekodkan 1,608 kes semalam, berbanding 1,924 kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes terbabit adalah 4,831,822 kes setakat ini.

Kes baharu itu membabitkan 1,606 kes tempatan dan dua kes import.

Dua kes kematian baharu direkodkan akibat pandemik itu semalam.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 36,350 setakat ini, termasuk 7,731 daripadanya berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 24,532 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 23,336 atau 95.1 peratus membabitkan pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, tiga kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,142 pesakit atau 4.7 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 51 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 29 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh dicatatkan semalam adalah 2,352 kes yang menjadikan kumulatif kes pulih daripada virus itu adalah 4,770,940 kes setakat ini. - Getaran, 26 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad