web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Susulan Kes MH17 Hanya Dibuat Selepas Keputusan Mahkamah Belanda - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 3:35PM

Mahkamah Daerah The Hague akan memutuskan perbicaraan kes MH17 pada 17 November depan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Sebarang tindakan susulan Malaysia berhubung kes penembakan jatuh pesawat MH17 hanya akan dibuat selepas mahkamah di Belanda membuat keputusan mengenainya pada 17 Nov depan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Belanda Mark Rutte di sini pada Jumaat, beliau menyuarakan pendirian negara yang mahu bersikap adil kepada semua pihak yang dikaitkan dengan insiden itu.

"Kes ini telahpun berada di peringkat mahkamah dan keputusan November ini, kita akan sama-sama tunggu keputusan. Apa-apa tindakan akan kita buat selepas keputusan mahkamah. Sebab MH17 ini libatkan ramai rakyat Belanda dan Malaysia," katanya pada sidang media di sini, pada Sabtu.

Kedua-dua pemimpin itu yang berada di bandar raya ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77, bertemu di ibu pejabat PBB.

Mahkamah Daerah The Hague akan memutuskan perbicaraan kes MH17 pada 17 November depan. Ia melibatkan empat individu yang menghadapi 298 pertuduhan membunuh kerana didakwa menembak jatuh pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. 

Perdana Menteri mengakui terdapat tekanan terhadap Malaysia untuk menyertai beberapa negara mengambil tindakan terhadap Rusia yang dituduh terlibat dengan kejadian penembakan jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu, namun ia tetap dengan pendirian untuk menunggu keputusan mahkamah.

Ismail Sabri juga berkata kedua-dua negara bersetuju meningkatkan jalinan hubungan dua hala, termasuk perdagangan dan bantuan teknikal untuk menangani isu banjir di Malaysia.

"Kita mendapat nasihat daripada pakar-pakar Belanda yang datang ke Malaysia tahun ini untuk membantu kita susulan banjir besar tahun lepas. Belanda walaupun kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut, namun mereka mampu kawal banjir," katanya.

Dari segi perdagangan, Belanda merupakan pembeli minyak kelapa sawit terbesar di Eropah manakala Malaysia banyak mengimport produk-produk pertanian daripada negara itu, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam