web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 1:32PM

Beberapa kawasan di Pulau Pinang telah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak 5 pagi tadi. - Gambar dari Facebook Adam Wong Jr

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Hujan lebat sejak 5 pagi itu mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul terjejas dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melalui jalan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata pihaknya menerima maklumat antara kampung dilanda banjir kilat adalah Kampung Masjid, Kampung Manggis, Kampung Perlis, Kampung Binjai dan Kampung Seronok.

''Sebaik menerima maklumat saya dan pasukan DUN terus ke kawasan terlibat bagi melihat dan membantu...puluhan rumah dilanda banjir kilat dan ada kediaman terjejas teruk terutama rumah yang terletak berhampiran Sungai Bayan Lepas.

"Saya bimbang jika ada penduduk terperangkap banjir, namun alhamdulillah semuanya selamat dan setakat 10.15 pagi ini, air telah surut di beberapa kawasan dan tiada penduduk dipindahkan ke PPS,'' katanya ketika dihubungi.

Beberapa kawasan termasuk Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul terjejas akibat banjir kilat. - Gambar dari Facebook Penang Press
Beberapa kawasan termasuk Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul terjejas akibat banjir kilat. - Gambar dari Facebook Penang Press

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Binjai, Baseri Hashim ketika dihubungi berkata kira-kira 30 rumah di Kampung Binjai dilanda banjir kilat awal pagi tadi akibat hujan lebat berterusan sehingga 9 pagi.

Beliau berkata air mula naik di kawasan rumah penduduk selepas subuh dan air naik terlalu cepat sehingga ke paras buku lali orang dewasa, namun mangsa terlibat sudah bersiap sedia serta mengambil langkah berjaga-jaga.

''Setakat ini, tiada penduduk dipindahkan ke PPS kerana air kembali surut selepas hujan berhenti tetapi  penduduk tetap berjaga-jaga kerana bimbang hujan lebat akan berterusan,” katanya.

Beliau berkata kampung tersebut kerap dilanda banjir sekiranya hujan lebat berterusan kerana berada di kawasan tanah rendah dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera terutama membersihkan longkang serta parit agar tidak tersumbat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad