web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Tubuh Universiti Wanita, Noraini Tak Faham Masalah Sebenar IPT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 1:18PM

Sandrea berkata isu utama pendidikan di Malaysia adalah masalah institusi, bukannya jantina sehingga perlu menubuhkan sebuah universiti khas bagi wanita. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk menubuhkan sebuah universiti khas bagi wanita jelas tidak memahami permasalahan serta cabaran utama dihadapi sistem institusi pendidikan negara. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Sandrea Ng Shy Ching berkata, isu utama pendidikan di Malaysia adalah masalah institusi, bukannya jantina seperti dilakukan Noraini. 

Sandrea Ng - Gambar dari Facebook
Sandrea Ng - Gambar dari Facebook

Menurut beliau, usaha dilakukan oleh Menteri UMNO itu jelas menunjukkan ia hanyalah tindakan populis yang langsung tidak menyelesaikan permasalahan sedang dihadapi institut pengajian tinggi (IPT).

"Rakyat perlukan pendidikan berkualiti, bukannya universiti wanita. Idea Menteri UMNO itu jelas tidak faham isu pokok dan cabaran dihadapi sistem pengajian tinggi negara.

"Usahlah Noraini memberikan cadangan populis untuk membina imej beliau sebagai seorang pembela nasib golongan wanita.

“Padahal ianya langsung tidak membantu dalam menyelesaikan masalah generasi muda negara," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dr Noraini Ahmad
Dr Noraini Ahmad

Terdahulu, Noraini berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang untuk menubuhkan sebuah universiti khas untuk wanita, yang secara tidak langsung akan meningkatkan lagi kedudukan Malaysia dalam hab pendidikan tinggi antarabangsa.

Jelasnya, ketika ini bilangan mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ialah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar, manakala lebih 530,000 iaitu 53 peratus pelajar wanita memasuki Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Dalam pada itu, Sandrea berkata, cadangan itu juga tidak sesuai dilaksanakan berikutan jumlah pelajar wanita memasuki universiti lebih tinggi berbanding pelajar lelaki dan sudah pun menjadi norma dalam beberapa dekad ini. 

"Banyak isu yang membelenggu institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan termasuk prasarana pendidikan serta kebajikan mahasiswa. 

"Pada masa sama, kurikulum (subjek) yang kurang menepati keperluan pasaran pekerjaan serta peluang pekerjaan graduan, di mana setiap satunya memerlukan perhatian dan tindakan segera kerajaan," katanya. 

Sementara itu, menurut beliau, Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) yang diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut menunjukkan pencapaian wanita telah mengatasi lelaki bagi kategori pencapaian pendidikan. 

Bagaimanapun, Sandrea berkata, golongan wanita masih jauh ketinggalan dalam bidang lain seperti peluang serta penyerta ekonomi dan penguasaan politik.

"Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan hasil kaji selidik DOSM yang mendedahkan kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran. 

"Jadi, tiada gunanya kerajaan terus menggandakan jumlah universiti dalam negara selagi isu kualiti pendidikan dan peluang pekerjaan gagal diperbaiki untuk memberikan keyakinan kepada anak muda bagi melanjutkan pelajaran.

"Menteri perlu bersikap ikhlas dan pragmatik dalam menangani isu pendidikan. Perlu diingat bahawa Malaysia tidak memerlukan universiti yang lebih banyak, kita hanya perlukan universiti lebih baik," katanya. - Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 57 minit yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran