web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Sumbangan Politik Dibentang Di Dewan Rakyat November Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 1:08PM

Sesi libat urus bersama wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan diadakan pada 28 September ini di Parlimen, bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi Rang Undang-Undang Sumbangan Politik yang sedang digubal. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan yakin dan kekal komited Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama dan kedua di Dewan Rakyat pada November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) sudah menyediakan skop dan parameter dasar digariskan dalam RUU berkenaan.

Menurut beliau, selepas itu ia akan dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum dimuktamadkan.

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Katanya, Bacaan Pertama RUU berkenaan akan dibuat pada awal November ini manakala Bacaan Kedua pada hujung bulan sama.

“Mengimbau kembali sejarah, inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang yang mengawal selia dana politik pernah diusahakan kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

“Namun, hasrat untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengawal selia dana politik tidak terlaksana.

“Cadangan kerangka perundangan bagi RUU berkenaan juga pernah dikemukakan kerajaan pada November 2019 kepada Parlimen untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang. Namun, hasrat ini juga tidak kesampaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sesi libat urus bersama wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan diadakan pada 28 September ini bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi RUU berkenaan yang sedang digubal.

Malah katanya, RUU berkenaan juga mengambil kira pandangan pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang diadakan bersama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti IDEAS, BERSIH serta pakar akademik.

Ujarnya, beberapa sesi perbincangan dalaman juga telah dibuat bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperincikan dasar penggubalan RUU berkenaan. - Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam