web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia, Palestin Meterai 4 MoU Perkukuh Hubungan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 9:05AM

Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di New York pada Jumaat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Hubungan akrab antara Malaysia dan Palestin yang terjalin begitu lama diperkukuhkan lagi dengan termeterainya empat memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara di sini pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyaksikan majlis menandatangani empat MoU mengenai Penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama, Kerjasama dalam Bidang Kesihatan, Pelancongan dan Hal Ehwal Islam.

Sebelum itu, kedua-dua pemimpin yang berada di kota metropolitan ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, mengadakan pertemuan dua hala di hotel penginapan Abbas.

Pada pertemuan selama 30 minit itu, Ismail Sabri mengulangi komitmen Malaysia dalam mendukung perjuangan dan hak Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara.

Perdana Menteri turut mengulangi pendirian Malaysia sejak sekian lama iaitu tidak sama sekali menyokong Israel di mana-mana platform antarabangsa sehingga Palestin mendapat hak mereka sebagai negara berdaulat, proses perdamaian Israel dan Palestin selesai serta penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala, Abbas menjemput Ismail Sabri untuk mengadakan lawatan rasmi ke Palestin bagi melihat sendiri penindasan dan kemusnahan yang dilakukan oleh Israel terhadap wilayah itu dan rakyatnya.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri mengalu-alukan rakyat Palestin menyambung pelajaran di Malaysia dalam bidang-bidang penting untuk pembangunan semula Palestin. 

Sehingga kini, terdapat kira-kira 800 penuntut Palestin di universiti terkemuka di Malaysia yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, antaranya teknikal, kejuruteraan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Di akhir pertemuan itu, Ismail Sabri sekali lagi mengulangi lagi sekali komitmen Malaysia berkaitan isu-isu Palestin dan akan sentiasa memastikan ia diberikan perhatian yang adil dan saksama di forum antarabangsa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad