web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Bertindak Khas Proaktif Pantau Projek Sakit KKM - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 9:38PM

Khairy Jamaluddin berkata KKM melakukan pemantauan serius terhadap perkembangan 13 projek 'sakit' yang melibatkan klinik kesihatan, hospital dan kuarters di bawah KKM menerusi pasukan bertindak khas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan masalah projek 'sakit' melibatkan pembangunan fasiliti kesihatan di negara ini dengan pemantauan rapi kemajuan projek setiap bulan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata KKM melakukan pemantauan serius terhadap perkembangan 13 projek 'sakit' yang melibatkan klinik kesihatan, hospital dan kuarters di bawah KKM menerusi pasukan bertindak khas. 

"Projek-projek ini jumlahnya akan turun naik setiap bulan, tetapi yang penting setiap bulan saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan di peringkat KKM untuk memastikan pemantauan dengan lebih rapi dilakukan.

"Sebagai contoh, KKM berdepan beberapa projek sakit antaranya Hospital Papar di Sabah, iaitu satu projek yang ada kelewatan (pembinaan) tetapi dengan langkah diambil oleh KKM dan Kementerian Kerja Raya berjaya mengurangkan kelewatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Rembau yang dinaik taraf sebagai hospital minor pakar.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya turut menyifatkan penaiktarafan Hospital Rembau itu kemungkinan menjadi hadiah 'terakhir' beliau selaku Ahli Parlimen Rembau.

Memperincikan hospital berkenaan, Khairy berkata KKM menambah sebuah lagi dewan bedah di hospital itu yang dilengkapi dengan mesin imbasan CT (tomografi berkomputer) dengan kos RM9 juta.

Katanya, Hospital Rembau yang siap pembinaannya pada 10 Oktober 2019 itu membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Selain itu, hospital berkenaan juga membolehkan penduduk di Rembau, Tampin dan kawasan sekitarnya menerima rawatan kepakaran di hospital berkenaan serta dapat memendekkan masa menunggu untuk menerima rawatan pakar.

Khairy berkata hospital berkeluasan 6.65 hektar itu melibatkan kos RM147 juta dan pakar perubatan daripada pelbagai disiplin juga akan ditempatkan secara berfasa selaras dengan proses naik taraf dewan bedah kedua.

Beliau berkata selain Hospital Rembau, beberapa hospital di Sabah dan Sarawak akan turut dinaik taraf menjadi hospital negeri, hospital pakar major dan hospital pakar minor.

Selain itu, Khairy berkata KKM secara dasarnya bersetuju membekalkan perkhidmatan Wi-Fi percuma kepada pelanggan di semua hospital di seluruh negara dengan menjadikan Hospital Rembau sebagai permulaan.

 Dalam pada itu, beliau berkata KKM juga sedang melihat langkah segera untuk menurunkan waktu menunggu di semua fasiliti kesihatan di negara ini.

"Minggu ini saya menerima taklimat waktu menunggu untuk prosedur penting seperti imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik), imbasan CT dan sebagainya. KKM akan melihat langkah segera yang dapat dibuat supaya waktu menunggu terutamanya imbasan diagnostik ataupun pembedahan serta rawatan kanser dapat diturunkan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad