web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Bersara Awal Punca Sekolah Mengalami Kekurangan Guru - Mah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 6:34PM

KPM sentiasa komited melaksanakan pelbagai usaha berterusan bagi mengatasi masalah kekurangan guru - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Tindakan guru yang memilih untuk bersara awal sejak kebelakangan ini menyebabkan terdapat sekolah mengalami kekurangan guru bahasa walaupun pengambilan secara one-off  atau sekali pengambilan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon berkata KPM bagaimanapun sentiasa komited melaksanakan pelbagai usaha berterusan bagi mengatasi masalah kekurangan guru.

"Untuk pengambilan one-off sejumlah 18,702 guru, kita telah dapat lebih daripada 100 guru bahasa Cina untuk seluruh negara.

"Jadi, pihak kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan jumlah tenaga pengajar yang mencukupi untuk semua sekolah. Pelbagai usaha telah kita ambil dan mana-mana yang sesuai telah kita buat (untuk mengatasi masalah kekurangan guru)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan galeri Tsung Wah dan sesi ramah mesra bersama pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tsung Wah di sini hari ini.

Dr Mah diminta mengulas mengenai masalah kekurangan guru bahasa iaitu bahasa Inggeris, Cina dan Tamil di seluruh negara meskipun 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off  telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tahun lepas.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dipetik berkata KPM meneliti masalah kekurangan guru mata pelajaran bahasa Inggeris di Kelantan yang berlaku sejak sekian lama dalam usaha memastikan murid-murid di negeri ini menerima tenaga pengajar yang memiliki ikhtisas sepatutnya.

Radzi berkata sekolah-sekolah di Kelantan kekurangan seramai 450 guru bahasa Inggeris di sekolah rendah dan lebih 200 di sekolah menengah dan kekurangan itu ditampung oleh guru bukan opsyen yang mendapat latihan serta dikenal pasti berkemampuan untuk menyampaikan pengajaran mata pelajaran berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar