web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembantu Rumah Disyaki ‘Songlap’ RM50,000 Milik Majikan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 2:24PM

Polis menahan seorang pembantu rumah warga asing yang disyaki mencuri wang majikannya berjumlah RM50,000. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG JAYA - Seorang pembantu rumah warga asing yang sudah bekerja hampir tujuh tahun di negara ini ditahan selepas disyaki mencuri wang sebanyak RM50,000 milik majikan.

Kejadian bermula pada 14 September lalu apabila majikannya, seorang wanita berusia 37 tahun mengeluarkan wang tersebut daripada syarikat milik suami untuk dimasukkan ke akaun simpanan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, wang itu yang disimpan dalam beg tangan sebelum diletakkan di stor di kediamannya dekat Pandan Prima di sini hilang sehari kemudian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisoner Mohamad Farouk Eshak, berkata mangsa tidak sempat memasukkan wang tersebut ke akaun milik anak-anaknya kerana sibuk menguruskan perpindahan mereka sekeluarga. 

Susulan laporan berhubung kehilangan itu, beliau berkata, pihaknya menahan pembantu rumah keluarga terbabit yang berusia 58 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, jam 9 malam semalam.

“Pembantu rumah warga asing itu sudah bekerja dengan keluarga terbabit sejak tujuh tahun lalu namun tiada rampasan dibuat ketika tangkapan dilakukan.

“Suspek juga tidak melarikan diri sebaliknya masih bekerja dengan majikannya selepas kejadian tersebut,” katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan bekerja tanpa permit.

“Siasatan sedang diteruskan untuk mengesan wang tunai yang dilaporkan hilang itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 6(1)(C)Akta Imgresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah. - Getaran, 22 September 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar