web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Sindiket Along; Ahboy, Anson, Alvin Dan Ahhow Tumpas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 8:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis menumpaskan empat sindiket along yang menawarkan pinjaman wang tanpa lesen dengan mengenakan faedah tinggi selepas menahan 29 individu termasuk seorang wanita dalam 12 siri serbuan di sekitar Pulau Pinang dan Perak, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, JSJK Bukit Aman dengan kerjasama JSJK Pulau Pinang telah menyerbu 12 lokasi di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) di negeri ini serta Kerian, Perak bermula 6 pagi hingga 10 pagi sebelum menahan 29 individu berusia 21 hingga 54 tahun berkenaan.

"Hasil serbuan itu, polis berjaya menumpaskan empat sindiket along iaitu ahboy, anson, alvin dan ahhow dan mereka menawarkan pinjaman wang secara haram kepada peminjam terdiri daripada peniaga, kakitangan kerajaan serta swasta di seluruh negara hanya menerusi dalam talian (online).

"Modus operandi sindiket tersebut ialah dengan mengiklankan tawaran pinjaman menerusi aplikasi media sosial seperti Facebook, WeChat dan WhatsApp dengan kadar faedah pinjaman yang diberikan adalah 10 peratus hingga 15 peratus bagi tempoh seminggu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya mereka kemudiannya akan menggugut dan mengancam peminjam yang gagal membayar hutang dengan datang ke rumah mangsa atau tempat kerja serta melakukan perbuatan khianat dan kekerasan jenayah ke atas harta benda milik peminjam.

Zainuddin berkata selain itu, sindiket tersebut juga akan berpakat menghubungi peminjam yang gagal melunaskan bayaran pinjaman dengan menawarkan pinjaman baharu bagi menyelesaikan hutang terdahulu dan menerusi cara tersebut, mangsa meneruskan kontrak dengan along lain namun perlu membuat bayaran berlipat kali ganda menerusi faedah yang dikenakan secara berterusan.

Katanya siasatan awal mendapati sindiket terbabit telah menjalankan kegiatan tersebut sejak 2017 dan menawarkan pinjaman bermula dari RM1,000 hingga jutaan ringgit membabitkan ribuan peminjam di seluruh negara.

"Daripada empat sindiket itu, paling ramai kami tahan daripada geng ahhow iaitu seramai 19 orang termasuk seorang wanita yang merupakan pekerja di pusat panggilan sindiket tersebut. Geng ahhow beroperasi dengan menyewa tiga unit rumah teres di Bukit Mertajam yang dijadikan premis pejabat serta pusat panggilan along," katanya.

Beliau berkata dalam siri serbuan itu, polis merampas 119 keping cek pelbagai bank, 68 unit telefon bimbit, 27 keping kad bank, pelbagai dokumen pinjaman, barangan kemas, 10 kenderaan dan wang tunai sebanyak RM98,718 serta sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menggugut peminjam.

"Hampir kesemua mereka yang ditahan itu mempunyai pelbagai jenayah rekod berkaitan dadah dan jenayah termasuk bunuh serta menyebabkan kecederaan parah,” katanya menambah kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Zainuddin berkata sejak awal tahun ini hingga semalam, pihaknya telah menyiasat sebanyak 291 kes berkaitan along membabitkan jumlah pinjaman sebanyak RM1.5 juta.

"Bagi tempoh 2019 sebanyak 1,220 kes dilaporkan berkaitan along dengan jumlah tangkapan sebanyak 1,298 orang manakala tahun lepas, pihak kami menjalankan siasatan membabitkan 1,082 kes dan seramai 619 orang ditahan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad