web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melancong Ke Luar Negara Boleh Jejas Aktiviti Pelancongan Domestik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 9:30AM

Gambar fail menunjukkan pelancong memenuhi Maya Bay di Thailand. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kecenderungan rakyat negara ini yang lebih memilih melancong ke luar negara sedikit sebanyak boleh menjejaskan aktiviti pemain industri pelancongan tempatan terutamanya yang beroperasi berhampiran sempadan negara seperti Langkawi. 

Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak, Zamari Muhyi berkata bercuti ke luar negara akan menyebabkan lebih banyak aliran keluar mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang dilihat boleh memberi impak kepada industri pelancongan di dalam negara.

“Orang kita mungkin sudah dua tahun melancong dalam Malaysia, jadi mungkin itu sebabnya mereka memilih untuk keluar (negara) sekejap. Mungkin mereka merasakan keluar dua atau tiga hari sahaja, tetapi hal ini sebenarnya memberikan kesan kepada industri kita,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata apabila trend bercuti ke luar negara khususnya Thailand semakin meningkat tidak dinafikan industri pelancongan domestik akan menurun, bagaimanapun tiada siapa boleh menghalang rakyat negara ini daripada melancong ke mana-mana destinasi pilihan termasuk luar negara.

“Namun, pemain industri pelancongan tempatan boleh menarik nafas lega kerana menerima pelancong dari luar negara seperti Singapura yang masih memilih untuk bercuti di negara ini sekali gus mengisi kekosongan yang ditinggalkan pelancong tempatan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel mencadangkan agar kerajaan menambah jumlah insentif kepada pembayar cukai yang melancong di dalam negara bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik.

“Kita cadangkan kerajaan untuk Bajet 2023 supaya beri insentif ataupun rebat cukai untuk pelancong domestik. Kalau melancong di dalam negara, dapat potongan cukai yang lebih tinggi iaitu daripada RM1,000 kepada RM3,000,” katanya.

MyBHA mencadangkan supaya rebat cukai untuk pelancong domestik diberikan pada pembentangan Bajet 2023 ini. - Gambar AFP
MyBHA mencadangkan supaya rebat cukai untuk pelancong domestik diberikan pada pembentangan Bajet 2023 ini. - Gambar AFP

Beliau percaya inisiatif itu akan dapat kembali merancakkan sektor pelancongan domestik yang secara tidak langsung akan menarik kedatangan pelancong dari luar untuk datang ke negara ini.

“Di Malaysia sendiri ada banyak tempat pelancongan bertaraf dunia untuk dilawati, tapi kita masih tak nampak pelancong asing masuk ke negara kita. Bila rakyat kita melancong di dalam negara, orang asing akan nampak aktiviti pelancongan kita dah mula,” katanya.

Bagi ‘kaki travel’ Muhammad Haikal Zulkifli, 22, keinginan untuk melihat dan merasai sendiri budaya negara lain adalah faktor utama kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk melancong ke luar negara.

Selain itu, Muhammad Haikal yang bekerja sebagai perunding hartanah tidak menafikan bahawa kos yang lebih murah untuk perkhidmatan yang lebih baik mungkin turut menyumbang kepada keadaan itu.

Media baru-baru ini melaporkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk me­lancong ke Hatyai, Thailand pada hujung minggu dan cuti sekolah atas faktor kos beli-belah dan makanan ditawarkan pada harga yang murah berbanding destinasi pelancongan popular di dalam negara.

Malah, negara Gajah Putih itu juga dikatakan menawarkan penginapan pada harga murah meskipun terletak di tengah-tengah pusat bandar selain kemudahan pe­ngangkutan yang mudah dan murah serta jaringan jalan raya yang selesa menjadi faktor ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu ke sana. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad