web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Hospital KKM Diiktiraf Sebagai Hospital Mesra Ibadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 4:09PM

Dr Noor Azmi Ghazali (kanan) menyampaikan sijil pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Institut Kanser Negara Amiruzie Ramli (kiri) selepas merasmikan Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Peringkat Kebangsaan 2022 di Putrajaya, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 10 hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menerima pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) kerana menyediakan fasiliti serta khidmat bimbingan untuk pesakit menunaikan ibadah ketika menerima rawatan.

Hospital berkenaan ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu; Hospital Serdang dan Hospital Shah Alam di Selangor; Hospital Taiping dan Hospital Teluk Intan di Perak. 

Turut menerima pengiktirafan ialah Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah; Hospital Pulau Pinang; Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Pontian, Johor serta Institut Kanser Negara di Putrajaya. 

Sijil pengiktirafan HMI disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali kepada wakil-wakil hospital pada Konvokesyen HMI peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff. 

Ditemui pemberita selepas majlis itu, Dr Noor Azmi berkata HMI ialah program kerjasama KKM dan JAKIM bagi memenuhi keperluan spiritual pesakit semasa mendapat rawatan di fasiliti kesihatan melalui pelaksanaan ibadah.

“Melalui program ini, pihak hospital beri kemudahan tunaikan solat, beri motivasi kepada pesakit malah mengajar bagaimana berwuduk dan solat bagi orang yang sakit. Ini penting kerana solat itu satu ibadah,” katanya. 

Ditanya adakah HMI akan diperluaskan ke hospital swasta, beliau berkata pihaknya membuka ruang dan peluang untuk hospital swasta turut sama mengaplikasi HMI di tempat masing-masing.

“(Program ini) secara sukarela, kalau boleh memang kita ingin semua hospital terapkan HMI…buat masa ini, hasratnya adalah untuk perkasakan HMI di hospital kerajaan,” katanya.

Audit pengiktirafan standard HMI dilaksanakan barisan pegawai dilatih oleh sekretariat HMI serta standard yang dibangunkan oleh KKM dan Jakim.

Standard HMI mengandungi enam teras utama iaitu organisasi dan pengurusan; pembangunan dan pengurusan sumber manusia; polisi dan prosedur; peralatan dan kemudahan; aktiviti keselamatan dan peningkatan kualiti serta kerjasama agensi luar. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini