web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Khususnya Perlis Perlu Rebut Peluang Projek EEC Di Thailand

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 11:36AM

Seorang lelaki bekerja di Pelabuhan Laem Chabang di Chon Buri - Gambar ihsan Bangkok Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Malaysia, khususnya negeri Perlis perlu merebut peluang yang ada bagi mendapat manfaat daripada pembangunan projek mega Eastern Economic Corridor (EEC) atau Koridor Ekonomi Timur di negara jiran, Thailand.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah EEC adalah projek fasa ketiga pelabuhan laut dalam Laem Chabang dan sambungan lebuh raya menghubungkan lapangan terbang U-tapoa di Rayong.

“Thailand difahamkan akan turut memberi tumpuan kepada perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Thailand dengan Laos dan China serta terus ke beberapa buah negara di Eropah,” titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika singgah di Bangkok sebelum berangkat pulang ke tanah air selepas berkenan mengetuai delegasi Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP ke Laos baru-baru ini.

Titah baginda sebagai negeri jiran, Perlis dan UniMAP wajar mencari peluang bagi menjalinkan pelbagai kerjasama dengan pihak negara Gajah Putih tersebut dalam meningkatkan hab logistik khususnya merangkumi aspek pengangkutan darat.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan tambahan Tabung Ibnu Sabil MAIPs bernilai THB24,000 (RM3,000) yang diterima oleh Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Nazrul Firzadh Yunus bagi pihak pejabat kedutaan berkenaan.

Ia adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang berdepan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad