web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kudeta Myanmar Merunsingkan - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 5:23PM

Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kudeta dilancarkan tentera Myanmar ke atas pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi dan presidennya, U Win Myint disifatkan sebagai satu perkembangan yang amat merunsingkan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rampasan kuasa digerakkan junta Myanmar itu adalah satu penindasan terhadap suara rakyat dan amalan demokrasi negara terbabit.

''Semua pihak harus menjunjung perlembagaan, mandat rakyat dan akur dengan keputusan pilihan raya.

''Masih ada ruang untuk sistem demokrasi di Myanmar diperbaiki bagi menghasilkan masa depan yang lebih cerah,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

Anwar, juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, kerajaan Myanmar walaupun dicemari episod pencabulan hak asasi manusia dalam isu etnik Rohingya, masih berpeluang menghasilkan sistem pemerintahan yang baik.

Tindakan tentera Myanmar itu, tegasnya hanya akan melumpuhkan aspirasi rakyat dan meletakkan seluruh negara di bawah pemerintahan kuku besi.

“Saya melihat pemimpin dunia dan ASEAN perlu menggembleng suara dan mendesak barisan pemimpin ini dibebaskan. 

``Setelah berjuang sekian lama, rakyat Myanmar berhasil untuk memungkinkan sebuah perlembagaan dan hak terkait pilihan raya dan ia perlu dipertahankan,'' katanya.

Mengutuk rampasan kuasa itu, Anwar berkata tentera sewajarnya mempertahankan aspirasi demokratik rakyat, serta menghormati pilihan yang dibuat dalam menentukan tampuk pemerintahan.

Ketegangan di Myanmar semakin memuncak apabila Suu Kyi, Win Myint dan beberapa pegawai kanan lain parti pemerintah Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) ditahan tentera, awal pagi tadi.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar mendakwa pilihan raya umum pada November lepas dicemari penipuan apabila NLD di bawah pimpinan Suu Kyi mendominasi keputusan pemilihan.

Myanmar baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera dan berkongsi kuasa dengan pentadbiran dipilih rakyat, walaupun pada hakikatnya masih dikawal ketat sekumpulan jeneral. - Getaran, 1 Februari 2021

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar