web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebakaran Kampung Cina Tiada Unsur Jenayah - Bomba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 12:47PM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu tidak menemui sebarang unsur jenayah sebagai punca kejadian kebakaran melibatkan deretan rumah kedai di Kampung Cina - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu tidak menemui sebarang unsur jenayah sebagai punca kejadian kebakaran melibatkan deretan rumah kedai di Kampung Cina di sini, malam Ahad lepas.

Pengarahnya Md Hilman Abd Rashid berkata pihaknya kini memfokuskan kepada elemen lain, yang disyaki menjadi punca kepada kejadian yang melibatkan 12 rumah kedai itu.

“Semalam (bomba) datang dan buat siasatan, peringkat awal kita gunakan unit K9 dari Kuala Lumpur untuk membuat siasatan untuk tentukan punca kebakaran, namun unit K9 dapati tiada unsur jenayah.

“Jadi kita akan fokus kepada punca lain, mungkin disebabkan oleh pendawaian elektrik... kita juga tidak menolak punca lain, kena pergi (siasat) satu persatu yang kita syak,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar ke lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, proses penggalian juga perlu dilakukan di lokasi kejadian untuk mencari punca sebenar, namun jengkaut tidak boleh digunakan memandangkan terdapat laluan air di bawah tapak kebakaran.

“Jadi kita akan buat (penggalian) secara manual menggunakan tangan untuk alih satu persatu (serpihan), sebab itu makan masa sikit dan dah dapat bukti nanti kita akan bawa ke makmal dan kita akan dapat keputusan mungkin dalam seminggu lagi.

“Selagi siasatan di tempat kejadian tidak selesai, kita akan tutup kawasan ini dan tak benarkan orang masuk,” katanya yang turut mencadangkan kepada pemilik bangunan-bangunan lama agar membuat pendawaian elektrik baharu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Md Hillman berkata terdapat lebih 50 bangunan lama di kawasan Kampung Cina yang dibina sejak 1940.

Sementara itu Ahmad Samsuri berkata mengenai pembangunan semula premis yang musnah akibat kebakaran itu, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan pemilik terlibat agar ia dapat dibuat mengikut kesesuaian kawasan berkenaan.

“Kita akan pastikan tidak jadi pelik sebab suasana di sini (bercirikan) bangunan lama, jadi kena yakinkan pemilik supaya kerajaan boleh bantu dengan cara tertentu untuk kekalkan suasana di sini,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada setiap ketua isi rumah terlibat.

Katanya sesi dialog dengan agensi seperti bomba juga akan diadakan, untuk memberi penerangan berkenaan aspek keselamatan kepada penduduk di Kampung Cina dan kawasan-kawasan lain yang mempunyai penduduk yang padat, bagi mengelakkan kejadian sama berulang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad