web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azalina Usul RUU Persendirian, Pinda Perlembagaan Kanak-Kanak Lahir Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 1:56PM

Azalina Othman Said - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman Said memfailkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi meminta perlembagaan, untuk membolehkan kanak-kanak dilahirkan di luar negara beroleh kerakyatan Malaysia, menerusi ibu mereka selaku rakyat tempatan.

Azalina, Pengerusi Jawatankuasa Khas Wanita, Hal Ehwal Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial mengemukakan usul tersebut kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bcha Mydin pada 15 September lalu.

Beliau memohon perkara ini dibentangkan dalam sidang akan datang yang dijadualkan bermula 3 Oktober. 

Secara spesifik, RUU tersebut memohon perkataan ‘ibu’ selepas perkataan ‘bapa’ dalam Klausa 1(b) dan 19(c) pada Perkara II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Klausa itu mensyaratkan bahawa setiap individu dilahirkan di luar Persekutuan atau selepas Hari Malaysia yang bapa mereka ialah rakyat Malaysia dikategorikan sebagai warganegara mengikut sistem perundangan.

Cadangan pemindaan itu selepas ini turut mencakupi golongan ibu.

Mengikut RUU tersebut, akta berkenaan tidak melibatkan sebarang perbelanjaan tambahan dan bakal dikuatkuasakan pada tarikh yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Gambar fail
Gambar fail

Dalam kenyataan bertarikh 29 Ogos, Azalina menggesa semua Ahli Parlimen menyokong pindaan berkenaan sebaik ia dibentangkan di Dewan Rakyat, dan jawatankuasanya bersedia untuk membentangkan RUU persendirian. 

Beliau bagaimanapun tidak yakin ia mampu dikuatkuasakan tanpa campur tangan Parlimen,.

“Yang Berhormat, kita telah mencipta sejarah apabila sebulat suara meluluskan pindaan perlembagaan untuk Akta Anti Lompat Parti.

“Jika RUU itu dikemukakan kepada kita untuk satu pindaan kecil terhadap perlembagaan bagi membenarkan ibu dan bapa memberi status warganegara kepada anak mereka, saya yakin kita sebulat suara boleh melakukan yang sama.

“Sama seperti melompat parti yang tidak adil dan beretika, begitu juga tindakan membiarkan ribuan kanak-kanak tidak memiliki status kerakyatan. Ia mencemarkan semangat Keluarga Malaysia.

“Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 pada 31 Ogos, adalah menjadi harapan saya agar semua kanak-kanak tanpa status kerakyatan ini ‘dimerdekakan’,” katanya.

RUU Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 28 Julai sebelum ia dihantar melalui Dewan Negara pada 9 Ogos.

Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan itu memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen. – The Vibes 19 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar