web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Dewan Pers Indonesia Meninggal Dunia Di Hospital Serdang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 8:36AM

Allahyarham Dr Azyumardi Azra - Gambar ihsan detik.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pers Indonesia, Profesor Dr Azyumardi Azra meninggal dunia di Hospital Serdang semalam akibat sakit jantung.

Dewan Pers adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk mengembangkan dan melindungi media massa di Indonesia.  

Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia dalam kenyataan memberitahu cendekiawan berusia 67 itu meninggal dunia pada 12.30 tengah hari semalam selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat lepas, sebaik tiba dari Indonesia.

Menurutnya sebaik tiba dari Indonesia, Allahyarham dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut selepas mengalami sesak nafas ketika dalam penerbangan.

“Pasukan perubatan hospital memberitahu terdapat gangguan pada jantung beliau, dan memerlukan rawatan khusus di unit rawatan jantung (CCU), pihak hospital telah berusaha memberikan rawatan perubatan terhadap Allahyarham," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu keluarga Allahyarham tiba di sini kelmarin, dan pihak kedutaan kini turut berada di hospital untuk urusan jenazah.

Allahyarham ke ibu negara bagi memenuhi undangan sebagai salah seorang panel di sebuah program yang dijadualkan berlangsung di Bangi dekat sini kelmarin.

Sementara itu Penasihat Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia Datuk Zakaria Abdul Wahab ketika dihubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Serdang pada Sabtu selepas menerima berita Azyumardi dimasukkan ke hospital daripada rakan-rakan wartawan Indonesia.

Azyumardi merupakan bekas Rektor Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta pada 1998 hingga 2006. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad