web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beberapa Projek Skala Besar Dijangka Tidak Berdepan Dengan Kenaikan Kos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:23PM

Ka Siong menyampaikan ucapan perasmian pada Konvensyen Tahunan MCA Negeri Johor ke-44 di Taman Desamas hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Beberapa projek berskala besar di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) dijangka tidak berdepan dengan sebarang kenaikan kos meskipun terdapat penyusutan terhadap nilai mata wang ringgit baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kesemua projek berkenaan telah dipersetujui dengan nilai yang ditetapkan sebelum ini, justeru tiada sebab untuk ditangguhkan pelaksanaan kesemuanya.

“Kesemua projek di bawah kementerian yang sedang berjalan misalnya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan berjalan seperti biasa kerana ia telah ditawarkan pada harga ditetapkan dengan pelaksanaan sudah melebihi 30 peratus.

“Jadi sebarang kejatuhan nilai wang tidak akan menjejaskan kontrak keseluruhan, projek tetap diteruskan mengikut jadual.

“Bagi projek ECRL, terdapat sejumlah 1,076 tapak projek yang sedang berjalan serentak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Johor Ke-44 di sini hari ini.

Beliau berkata projek-projek lain termasuk Transit Aliran Massa (MRT) 2, MRT 3, Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB Sentral (PLBEGJB) dan Sistem Transit Rapid (RTS) ke Singapura, tetap berjalan seperti dijadualkan.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian akan mengkaji semula kos-kos projek berskala besar atau mempertimbangkan penangguhan projek-projek tersebut susulan penyusutan nilai ringgit.

Setakat Khamis lepas, ringgit mencecah paras terendah baharu dengan diniagakan pada 4.5340/5365 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Pada Selasa lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.

Mengenai Belanjawan 2023, Ka Siong berkata kementeriannya telah menyerahkan ‘senarai harapan’ kepada Kementerian Kewangan.

Beliau berkata semua kementerian sememangnya mahu peruntukan yang lebih besar untuk tahun depan, namun perkara itu perlu bersandarkan kepada kemampuan kewangan semasa negara.

“Bukan sahaja Kementerian Pengangkutan, kementerian-kementerian lain juga telah serahkan senarai kehendak dan keperluan mereka tetapi kita perlu lihat realiti semasa, keputusan akan dibuat melihat kepada keutamaan,” kata Ka Siong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perincian Cukai Jalan EV Di Peringkat Akhir - Loke

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad