web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 2:51PM

Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Empat sekeluarga maut, seorang cedera manakala dua yang lain selamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 70.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan laluan keluar Tol Machap, dekat Simpang Renggam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kejadian pada kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi, van jenis Toyota Hiace, lori trailer jenis Volvo dan kereta Toyota Corolla, yang dipercayai dari arah yang sama iaitu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

Beliau berkata mereka yang maut terdiri daripada pemandu kereta Toyota Altis, Goh Tiong Seng berusia 50-an; penumpang hadapan, Hong May Yin (50-an) dan dua anak mereka Goh Pei Chiew serta Goh Xuan Ting, keduanya berusia 20-an.

Kejadian itu melibatkan kereta Perodua Myvi, van jenis Toyota Hiace, lori trailer jenis Volvo dan kereta Toyota Corolla, yang dipercayai dari arah yang sama iaitu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru
Kejadian itu melibatkan kereta Perodua Myvi, van jenis Toyota Hiace, lori trailer jenis Volvo dan kereta Toyota Corolla, yang dipercayai dari arah yang sama iaitu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru

"Kereta Perodua Myvi dipercayai terlanggar lopak air dan hilang kawalan lalu berpusing dan terbabas ke tengah jalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan di tengah jalan. Ketika itu, sebuah van dari arah belakang cuba mengelak kereta Myvi, lalu terbabas dan berpusing sehingga melanggar besi pembahagi jalan dan terus ke bahu kiri jalan. 

"Sebuah lori trailer dari arah belakang di lorong kiri bertindak memperlahankan lorinya untuk mengelak melanggar van yang berada di bahu lorong kiri itu, bagaimanapun, kereta Toyota Altis terlanggar belakang lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemandu perodua Myvi dan pemandu lori trailer tidak mengalami kecederaan manakala pemandu van Hiace yang cedera di bawa ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut
Pemandu perodua Myvi dan pemandu lori trailer tidak mengalami kecederaan manakala pemandu van Hiace yang cedera di bawa ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut

Bahrin berkata Goh serta dua anaknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Hong meninggal dunia di Hospital Kluang ketika mendapatkan rawatan,

Bagaimanapun pemandu perodua Myvi dan pemandu lori trailer tidak mengalami kecederaan manakala pemandu van Hiace yang cedera di bawa ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut.

"Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital  Kluang untuk bedah siasat,” kata beliau, dan menambah Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad