web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


K-KOMM Akan Angkat Industri Kreatif Kepada Kedudukan Lebih Baik - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 10:06AM

Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif agar kegiatan industri itu boleh menjana pendapatan, menjadi satu industri yang boleh dipasarkan dalam dan luar negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengangkat industri kreatif kepada satu kedudukan yang lebih baik bagi membolehkan industri tersebut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata bagi tujuan tersebut, kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif agar kegiatan industri itu boleh menjana pendapatan, menjadi satu industri yang boleh dipasarkan dalam dan luar negara.

"Sebagai cabang ketiga dalam tugasan K-KOMM selain telekomunikasi dan komunikasi serta penyiaran, menjadi tanggungjawab kementerian untuk kita angkat industri kreatif kepada satu kedudukan yang lebih baik yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Kerajaan juga mahu industri kreatif mewujudkan peluang pekerjaan, menambah pendapatan serta menjadi satu cabang yang akan turut membangunkan dan memulihkan ekonomi negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kembara Riuh Keluarga Malaysia (KRKM) edisi keempat di Kelantan 'RIUH SOKMO! Bersama Celcom' di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh, di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai RIUH, Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata program itu telah diteruskan daripada satu negeri ke negeri lain dengan bertujuan untuk merangsang, membuka kesedaran, mengintai peluang buat pemain industri yang baharu.

"Kita mahu menukar kegiatan bersifat hobi atau kesenian semata-mata untuk menjadikan satu industri, satu perusahaan dan sesuatu yang boleh menambah pendapatan kepada mereka yang terlibat dalam industri kreatif.

"RIUH bukan diadakan semata-mata kerana mahu mengadakan pesta sahaja. Ia mesti berupa satu gerakan, suatu usaha agar rakyat yang memilik kemahiran untuk menceburkan diri dan dirikan kegiatan-kegiatan kreatif agar dapat menambah pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

RIUH SOKMO! Bersama Celcom’ diadakan mulai semalam hingga hari ini bertujuan untuk memperkasa penggiat, usahawan dan pengamal industri kreatif tempatan di seluruh negara.

Inisiatif itu mencerminkan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam memulihkan industri kreatif susulan pandemik COVID-19 yang menjejaskan pendapatan pengamal industri kreatif ini. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar