web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Insiden Pemandu Kereta Dimarahi Penunggang Motosikal Di Lorong Kecemasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:10AM

Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu sebuah kereta di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer 370 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Sungkai semalam yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu dan siasatan mendapati pemandu kenderaan utiliti sukan jenis Mazda berumur 34 tahun dari arah Kuala Lumpur menuju ke Ipoh terbabit, memberhentikan kereta di lorong kecemasan kerana isterinya yang hamil ingin muntah.

“Setelah selesai, pemandu kereta itu bergerak semula di laluan kecemasan dan secara tiba-tiba, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard dari lorong kiri memasuki lorong kecemasan menyebabkan beliau terperanjat lalu membrek secara mengejut.

“Pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang melalui lorong itu sempat membrek, tetapi dilanggar sebuah lagi motosikal jenis Honda RS150R dan terus terlanggar kereta berkenaan,” menurutnya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas itu, sebuah lagi motosikal jenis Benelli RFS150 dari arah belakang melanggar Honda RS150R dan akibatnya, penunggang motosikal terbabit berang serta memarahi pemandu kereta SUV Mazda yang menggunakan lorong kecemasan tersebut.

Mohd Hasni berkata, kesemua penunggang motosikal cedera ringan dan sudah menerima rawatan, manakala kereta serta motosikal terbabit hanya mengalami kerosakan kecil dan siasatan lanjut sedang diteruskan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

Orang ramai dinasihat agar tidak menularkan video berdurasi seminit 11 saat itu sehingga menimbulkan spekulasi. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad