web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Hari Malaysia Akan Diadakan Bergilir Di Setiap Negeri - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 7:51AM

Annuar Musa pada sambutan Hari Malaysia 2022 di Melaka malam tadi - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kabinet bersetuju sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan diadakan secara bergilir di setiap negeri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata langkah itu bagi memberi peluang kepada semua Keluarga Malaysia dapat meraikan sambutan bersejarah itu di negeri masing-masing dan bagi edisi kali ini, Melaka dipilih sebagai tuan rumah.

Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata sambutan kali ini berbeza kerana buat pertama kali diadakan di Semenanjung kerana seperti kelaziman Hari Malaysia diadakan di Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir.

“Langkah ini diambil kerana kita mahu semua rakyat dapat meraikan sambutan ini dengan meriah di negeri masing-masing atas semangat Keluarga Malaysia selain sama memahami makna tarikh keramat 16 September.

“Kita bersyukur sambutan ini dapat disambut dengan penuh meriah selepas dua tahun dibelenggu penularan COVID-19… pastinya sambutan di Melaka ini akan menjadi kenangan terindah dan sejarah tersendiri di negeri penuh bersejarah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video ucapan yang disiarkan pada sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.

Annuar berharap sambutan Hari Malaysia yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama dapat dihayati segenap ahli Keluarga Malaysia dan hidup aman damai serta bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan serta penuh kesyukuran. 

Beliau berkata konsep tersebut dalam resepi kekuatan dan kesepaduan yang dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menjamin kemakmuran Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia 2022 buat julung kali diadakan di Semenanjung dengan Melaka menjadi tuan rumah acara gilang-gemilang itu. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad