web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sabah, Sarawak Ikrar Kekal Dalam Malaysia, Mahu Membangun Bersama-Sama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 7:03AM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) menyaksikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menandatangani Buku Watikah Pengisytiharan malam tadi. Turut kelihatan Timbalan Ketua Menteri Sabah II Datuk Seri Jeffrey Kitingan (kiri) - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA  - Sarawak dan Sabah, sebagai sebahagian daripada wilayah yang menubuhkan Malaysia, bertekad serta berikrar untuk kekal bersama dalam Malaysia sebagai negara berdaulat dan berusaha untuk terus membangun.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri itu terus menggenggam teguh ikrar untuk bersama-sama Malaysia dan membangun berdasarkan terma seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). 

Beliau berkata Hari Malaysia adalah sejarah penting untuk diraikan bersama bagi menghargai perjuangan rakyat dan pemimpin terdahulu yang menempuh liku-liku bagi mencapai hasrat menjadi sebuah negara yang bebas, berdaulat serta bersatu padu.

“Berbekalkan obor semangat kebangsaan dan patriotisme tinggi dalam kalangan rakyat Bumi Kenyalang yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan latar belakang sosial, pastinya tema Hari Malaysia tahun ini, Keluarga Malaysia, Teguh Bersama dapat dijulang tinggi dan terus dihayati bersama.

“Saya percaya penghayatan tema ini juga melengkapkan lagi peranan dan sumbangan warga Malaysia khususnya generasi muda yang akan memastikan kesinambungan pembangunan negara,” katanya menerusi rakaman video ucapan beliau sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, juga menerusi rakaman video, berkata 16 September adalah tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia atas pembentukan negara yang berdaulat.

Beliau berkata semangat kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah kesinambungan semangat pejuang terdahulu yang kekal terpahat di dalam sanubari rakyat Malaysia.

“Tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini jelas menyatakan bahawa Keluarga Malaysia menekankan kesatuan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sabah yang hidup aman damai, bersatu padu dalam ketenteraman, kebersamaan dan kesyukuran manakala teguh bersama pula membawa maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan,” katanya.

Buat julung kali, sambutan Hari Malaysia 2022 diadakan di Semenanjung dengan Melaka menjadi tuan rumah dan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir menjadi lokasi sambutan.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pula berkata seluruh rakyat Melaka berasa sangat bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Malaysia 2022 malah menyifatkannya sebagai satu penghormatan.

Beliau berkata ia sekali gus mencerminkan keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap nilai-nilai budaya hidup masyarakat berbilang kaum yang ada di negeri bersejarah itu.

"Kami di Melaka sejak dahulu lagi sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan pragmatik terhadap hubungan kaum dan agama yang dapat memperkasa hubungan integrasi nasional. 

"Malah permulaan dasar dan hubungan integrasi yang mahu diterapkan dalam kalangan rakyat sebenarnya telah bermula sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi," katanya dalam ucapan menerusi rakaman video.

Sulaiman berkata pemilihan Melaka sebagai tuan rumah sambutan tersebut turut memberikan peluang terbaik kepada negeri itu untuk memperkasa sektor pelancongan domestik ketika negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik memandangkan ia adalah nadi pertumbuhan ekonomi Bandaraya Bersejarah itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan