web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perubahan Kepimpinan NST, Ab Rauf Nafi Terlibat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 8:51PM

Ab Rauf Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak terbabit sama sekali dalam sebarang pelantikan atau penyingkiran mana-mana pegawai kanan NST atau syarikat induk mereka, Media Prima - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusuf menafikan terbabit dalam penyingkiran Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Ahmad Lokman Mansor daripada jawatan disandangnya.

Bercakap kepada The Vibes, Rauf menegaskan bahawa beliau tidak terbabit sama sekali dalam sebarang pelantikan atau penyingkiran mana-mana pegawai kanan NST atau syarikat induk mereka, Media Prima.

“Amat malang apabila sama saya dan reputasi sebagai ahli politik diheret dalam isu ini,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan campur tangan UMNO dalam pelantikan jawatan utama syarikat media.

Kenyataan Rauf itu dibuat selepas penyingkiran Lokman, dikatakan berpunca daripada campur tangan orang kuat UMNO.

Menurut kenyataan dikeluarkan New Straits Times Press (NSTP) Bhd hari ini, tempat Lokman bakal diisi oleh Farrah Naz Karim berkuatkuasa 15 September.

Menurut kenyataan dikeluarkan New Straits Times Press (NSTP) Bhd hari ini, tempat Ahmad Lokman Mansor bakal diisi oleh Farrah Naz Karim berkuatkuasa 15 September - Gambar Fail
Menurut kenyataan dikeluarkan New Straits Times Press (NSTP) Bhd hari ini, tempat Ahmad Lokman Mansor bakal diisi oleh Farrah Naz Karim berkuatkuasa 15 September - Gambar Fail

Farrah pernah berkhidmat di NST dan kini menyandang jawatan Editor Eksekutif di Media Prima Berhad.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor berkata, pelantikan Farrah sejajar dengan strategi NSTP untuk mengukuhkan lagi kandungan ditawarkan.

“Pengalaman luas beliau dalam kewartawanan media cetak dan digabungkan pula bersama pengalaman di televisyen amat bernilai, di saat Media Prima melangkah lebih jauh untuk mengukuhkan operasi mereka sebagai platform media.

Sementara itu menurut sumber dalaman, keputusan terbabit tidak disenangi majoriti petugas, kerana Lokman adalah individu yang bertanggungjawab memainkan peranan sebagai pemacu perubahan baharu editorial di NST, yang kini lebih menumpukan kepada liputan di lapangan dan terbuka.

Beliau yang enggan dikenali berkata, taklimat diberikan Mustapha semalam kepada barisan editor dan wartawan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan mereka.

Sumber itu juga memberitahu, keputusan tersebut dibuat kerana kegagalan NST ‘menyampaikan’ hasrat delegasi UMNO dalam perhimpunan khas parti itu baru-baru ini, termasuk desakan agar Najib diberikan pengampunan Diraja. - The Vibes, 13 September 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek