web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laporan Awal Insiden Nahas Helikopter Diumum Dalam Sebulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 6:22PM

Laporan lengkap berhubung kemalangan itu akan diketahui dalam tempoh setahun dan sekiranya wujud kelemahan serta pelanggaran peraturan akan dimaklumkan kepada CAAM untuk tindakan susulan - Gambar Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Laporan siasatan awal nahas melibatkan helikopter Eurocopter EC120B di Bidor, Perak  yang meragut nyawa juruterbang warga Hong Kong Tsz Kin Richard Chan akan diumumkan dalam masa 30 hari, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah ditutup kerana usaha pencarian dan menyelamat sudah selesai.

Ka Siong berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah mengambil alih kes itu semalam manakala siasatan teknikal mengenai pelesenan serta kesahihan operasi helikopter tersebut akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

"Dalam masa sebulan saya akan dapat laporan awalan seperti hak milik helikopter serta punca kemalangan yang akan diumumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan  Program Keselamatan Penerbangan Kebangsaan (SSP) di sini hari ini.

Menurut beliau, laporan lengkap berhubung kemalangan itu akan diketahui dalam tempoh setahun dan sekiranya wujud kelemahan serta pelanggaran peraturan akan dimaklumkan kepada CAAM untuk tindakan susulan.

Beliau berkata BKSU adalah badan penyiasat bebas dan tujuan utama penyiasatan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelak berlakunya kemalangan sama pada masa hadapan dan bukannya untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti.

"Laporan akhir yang lengkap juga akan dibawa ke perhatian CAAM untuk tindakan lanjut termasuk mengeluarkan arahan untuk memantapkan aspek keselamatan penerbangan awam," katanya.

Dalam sidang media itu, Ka Siong melahirkan kekecewaannya apabila pihak tertentu mengeruhkan keadaan kerana mempertikaikan kenyataan awal beliau yang menyatakan juruterbang ditemukan selamat.

Jelasnya, beliau menerima maklumat real time (masa sebenar) dari CAAM di KLATCC pada 8.18 pagi menyatakan bangkai helikopter telah ditemukan dan juruterbang masih bernyawa sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu.

"Kita kena lihat berdasarkan kepada maklumat real time pusat SAR di KLATCC. Apa yang berlaku itu apa dilaporkan terus selepas penemuan.

“Kena lihat kenyataan saya dengan kenyataan polis yang bezanya dua jam. Orang laga-lagakan dengan pertikai apa berlaku 8.20 dan 11 pagi. Masa ditemui mangsa belum meninggal," katanya.

Sementara itu di IPOH, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, keputusan bedah siasat mendapati punca kematian Richard adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala.

Katanya, ia berlaku akibat nahas aviasi. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad