web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Kes Suami Zeti, PDRM Mohon MLA Sahkan Dokumen, Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 5:57PM

Dr Tawfiq Ayman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dokumen dan keterangan berhubung siasatan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), perlu melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) supaya dapat diterima di mahkamah Malaysia.

Susulan perkembangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membuat permohonan berkenaan kepada pihak berkuasa Singapura.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun untuk memastikan dokumen dan keterangan tersebut boleh diterima di mahkamah Malaysia, ia perlu melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) yang dikendalikan Pejabat Peguam Negara.

“Pada April 2022, PDRM telah mengemukakan permohonan di bawah MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelantikan Duta Anti Scam, di Maktab Polis Kuala Lumpur, hari ini.

April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan ke atas suami Tawfiq.

Menurutnya, pasukan penyiasat PDRM sudah mengadakan perbincangan dengan pihak Commercial Affair Department (CAD) Singapura pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Tawfiq yang juga suami kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disiasat susulan dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun beliau menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.

Menurut Tawfiq, beliau tidak mengenali individu bernama Tim Leissner atau Roger Ng, jauh sekali bertemu dan berkomunikasi dengan mereka.

Kenyataan itu hadir susulan keterangan diberikan Leissner yang juga bekas pengerusi syarikat perbankan, Goldman Sachs pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, awal tahun ini.

Dalam perbicaraan itu, Leissner dilaporkan menyebut kegiatan rasuah membabitkan Tawfiq mengenai projek usaha sama PetroSaudi-1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, SPRM dalam laporannya mendedahkan, sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB diambil semula dari Singapura, yang disimpan syarikat milik Tawfiq.

Siasatan ke atas Tawfiq itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Kenyataan Tawfiq dan seorang anaknya dirakam pada April tahun lalu. - Getaran, 13 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad