web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Masuk Hospital, Perbicaraan Kes 1MDB Ditangguhkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 10:44AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan selepas mantan Perdana Menteri itu dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa Najib jatuh sakit kerana masalah tekanan darahnya, dengan prosedur perubatan tertentu memerlukan beberapa hari untuk diselesaikan.

“Mereka (hospital) tidak menyatakan dengan tepat jumlah hari, tetapi yang pasti hari ini cuti. Dan saya rasa esok mungkin juga,” katanya.

Kemudian apabila diminta penjelasan, Shafee memberitahu media bahawa Najib seolah-olah menunjukkan tekanan darahnya turun naik tanpa sebab jelas, dengan puncanya sedang disiasat.

Peguam itu juga mendedahkan bahawa Najib perlu dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), lewat hari ini.

Collin membenarkan penangguhan itu hari ini, tetapi memerintahkan mahkamah bermesyuarat pada pukul 2.30 petang esok untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan Najib sebelum membuat sebarang keputusan lanjut. 

Dalam perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung, beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Semalam, Mahkamah Tinggi juga membenarkan perbicaraan ditangguhkan lebih awal pada jam 12.30 tengah hari untuk membolehkan Najib mendapatkan rawatan perubatan, dengan keadaannya dikatakan “agak teruk”.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara bahawa ubat darah tinggi baharu diambil Najib telah memberi kesan buruk kepada kesihatan Ahli Parlimen Pekan itu.

Terdahulu Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan bahawa doktor di HKL menemui pelbagai ulser baharu di dalam perut beliau semasa ujian kolonoskopi pada Sabtu lalu.

Katanya, Najib turut memohon untuk pemerhatian di HKL tetapi ditolak pegawai perubatan yang merawatnya.

“Doktor melepaskan (discaj), menukar ubat-ubatannya daripada ubat biasa yang dimakan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.

“Pagi ini (semalam), ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah beliau tinggi dan berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan,” katanya.

Namun semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan Najib sihat sebelum dibenarkan discaj dari HKL oleh doktor pakar.

Malah katanya, Najib juga dimasukkan ke hospital tersebut pada Jumaat lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap baik dan optimum.

Jelas Dr Noor Hisham, ubat yang diberikan kepada Najib semasa kemasukan wad adalah daripada jenis sama dan dalam senarai ubatan KKM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut mengarahkan KKM memberi rawatan terbaik yang diperlukan Najib dan mendoakan beliau diberikan kesembuhan. - Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad