web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nilai Bantuan Bina Baharu Dan Baik Pulih PRKM Dinaikkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 9:29PM

Mahdzir Khalid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).

Kenaikan itu sekali gus memanfaatkan lebih 10,000 kontraktor G1 terbabit dalam projek rumah PRKM, yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenaikan berkenaan akan membantu kontraktor PRKM menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek kerana tiada margin keuntungan kerja.

"Kenaikan ini juga bagi mengekang lonjakan harga bahan binaan ditanggung oleh pihak kontraktor yang merupakan isu meruncing, terutamanya sejak Mei lalu berdasarkan laporan indeks harga seunit bahan binaan dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

"Kita berharap kontraktor PRKM boleh meneruskan projek mereka selepas ini kerana margin keuntungan dijamin mencukupi dengan nilai baharu diluluskan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 kementeriannya di Wisma FELCRA di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, harga baharu bagi projek Bina Baharu PRKM dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit di Semenanjung manakala bagi Wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan dinaikkan daripada RM68,000 kepada RM79,000 seunit.

"Bagi projek Baik Pulih rumah PRKM pula, dinaikkan pada kadar maksimum RM15,000 di Semenanjung. Manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, kadar maksimumnya adalah RM17,000," katanya.

Sebelum ini kadar program Baik Pulih rumah PRKM di Semenanjung adalah RM13,000 dan RM15,000 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

KPLB sebelum ini telah meluluskan permohonan Bina Baharu rumah PRKM sebanyak 2,153 dan Baik Pulih sebanyak 11,892 buah rumah.

Tambah beliau, keputusan tersebut diambil sebagai langkah proaktif kerajaan bagi mengimbangi keperluan khususnya golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar untuk menerima bantuan rumah yang selamat dan selesa.

“Kenaikan nilai bantuan terbabit juga membolehkan kira-kira 13,000 unit rumah PRKM dapat dilaksanakan di seluruh negara sekali gus memberi manfaat kepada lebih 70,000 isi rumah di luar bandar yang akan menerima bantuan rumah tersebut. - Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar