web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Juruterbang Helikopter Terputus Hubungan Disahkan Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 11:58AM

Mohd Yusri Hassan Basri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sebelum dilaporkan hilang di sekitar Bidor, Perak petang semalam disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, ketika dihubungi Getaran, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Kapten Richard Chan dari Hong Kong, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di hospital.

“Juruterbang berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di hospital,” katanya ringkas.

Mayat juruterbang itu kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak untuk bedah siasat.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan juruterbang itu ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor, Perak pada jam 8.20 pagi tadi.

“Syukur! Saya baru sahaja dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bahawa juruterbang helikopter ditemui selamat di lokasi nahas.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pasukan penyelamat sedang berusaha membawa juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh bagi menerima rawatan.

Pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan kira-kira jam 12.16 tengah hari semalam, dengan lokasi terakhir dilaporkan adalah di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. - Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad