web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Menteri Setuju Penggubalan RUU Sumbangan Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 3:23PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, skop dasar bagi RUU itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 September 2022 lalu.

Katanya, ia akan disusuli keputusan supaya RUU itu digubal dengan Pengawal Sumbangan Politik dijadikan sebuah entiti bebas, bagi mengawal selia sumbangan politik di negara ini.

“Jemaah Menteri sudah bersetuju dengan penggubalan RUU ini.

“Penggubalan RUU ini akan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan, termasuk parti politik melalui sesi libat urus yang diadakan,” katanya hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau juga akan menyusulkan pandangan Jemaah Menteri agar kerangka perundangan dicadangkan bagi RUU itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

“(Usaha itu) untuk diperhalusi sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Parlimen kelak,” katanya.

Dalam satu sesi temu bual pada 16 Ogos lalu, Wan Junaidi memaklumkan, RUU Sumbangan Politik dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini.

Jelasnya, antara garis panduan RUU terbabit adalah parti politik tidak boleh menerima dana daripada pihak mempunyai kaitan dengan kerajaan, selain tidak dibenarkan mendapatkan sumbangan dari luar negara untuk kelangsungan parti masing-masing.

Beliau berkata, ia termasuk dana dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurutnya, institusi yang menerima sumbangan dari kerajaan tidak boleh memberi sumbangan untuk dana politik, termasuk tidak boleh menerima lesen atau geran dari kerajaan kerana konflik kepentingan. – Getaran, 11 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad